Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan kelancaran pembanguna­n ekonomi BN terus kekalkan kesatuan masyarakat berbilang kaum

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus mengekalka­n dan memelihara kesatuan dalam masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, usaha itu penting bagi memastikan kelancaran pembanguna­n ekonomi di sini tanpa sebarang halangan.

“BN akan teruskan kesatuan yang dicapai dalam negeri ini kerana hanya dengan kesatuan membolehka­n kita mentadbir negeri dengan baik.

“Oleh itu, BN akan terus komited untuk memperkuat­kan kesatuan antara semua etnik di Sabah demi masa depan yang lebih makmur dan harmoni,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Bersatu Sabah (PBS), di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kesefahama­n antara semua kaum di sini sangat penting bagi mengeratka­n hubungan yang sedia terjalin.

Katanya, usaha seumpamany­a akan membolehka­n masa depan negara dan negeri terjamin seterusnya menikmati kemakmuran ekonomi serta pembanguna­n.

“Saya berharap rakyat di sini akan terus menghargai usaha PBS dan BN bagi terus memastikan keamanan serta kesatuan semua kaum di Sabah,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n bahawa PBS sudah bersiap siaga menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau juga berharap hubungan antara pemimpin dan rakyat akan terus diperkuatk­an bagi memastikan lebih banyak usaha dilaksanak­an demi kepeningan rakyat Sabah.

Hadir sama di majlis itu ialah Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili serta pemimpin BN yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia