Utusan Borneo (Sarawak)

Sandakan bakal terima lebih ramai pelancong

-

SANDAKAN: Daerah ini bakal menerima lebih ramai pelancong luar negara melalui penerbanga­n terus.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata beberapa syarikat penerbanga­n luar telah bersetuju untuk membuat penerbanga­n terus terutama penerbanga­n dari China, Korea Selatan dan Jepun.

Justeru, beliau menyeru masyarakat agar sedar dengan potensi daerah ini yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan membangunk­an lebih banyak tempat untuk dilawati pelancong.

Mengulas mengenai isu projek pemanjanga­n landasan Lapangan Terbang Sandakan, beliau menjelaska­n masalah kekurangan peruntukan itu sedang diatasi dengan sebaiknya menerusi perbincang­an dan akan selesai tidak lama lagi.

Baru- baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya ke Sandakan telah meluluskan projek berkenaan, namun terdapat masalah kekurangan peruntukan menyebabka­n projek itu belum dilaksanak­an.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang di-Pertua Negeri sempena Tahun Baharu Cina 2018 di kediaman rasmi Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Ir James Wong, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin serta isteri Toh Puan Dr Norlidah RM Jasni, dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Idris.

Terdahulu, Musa mengunjung­i Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Datuk Thien Fui Yun.pic musa-pelancong

 ??  ?? SEBAR INFORMASI: Georgina (kanan) berucap pada program tayangan wayang pacak di Kampung Sinarut Baru.
SEBAR INFORMASI: Georgina (kanan) berucap pada program tayangan wayang pacak di Kampung Sinarut Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia