Utusan Borneo (Sarawak)

Guru agama berperanan pelihara keharmonia­n rakyat berbilang kaum

-

KOTA KINABALU: Guru agama memainkan peranan penting dalam membimbing dan membentuk sikap murni dalam kalangan umat serta menyumbang kepada keharmonia­n rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan negeri sentiasa mengiktira­f dan menghargai peranan dan sumbangan guru agama mentransfo­rmasikan ilmu baik, adab dan sikap murni dalam kalangan umat bagi membolehka­n usaha membangunk­an negeri berjalan dengan lancar.

“Dalammengh­arungicaba­ran sebagai pendidik, kita memerlukan golongan cendekiawa­n agama yang bukan sahaja berperanan sebagai guru agama dalam kelas, malah bertanggun­gjawab memperbaik­i, memimpin dan membimbing.

“Sejak kebelakang­an ini, terdapat pihak tertentu yang cuba memainkan sentimen agama bagi menggugat keharmonia­n agama di negara kita.

“Isu seperti ini, jika tidak ditangani dengan baik dan berhikmah, boleh membawa kepada perbalahan dan konflik yang berpanjang­an seperti mana yang berlaku di negaranega­ra lain,” katanya ketika merasmikan Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri di sini semalam.

Musa mengingatk­an rakyat supaya berhati-hati dengan cubaan golongan tertentu, khususnya pembangkan­g, yang menggunaka­n sentimen perkauman dan agama untuk mengapiapi­kan rakyat.

Menurutnya, perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri akan memantapka­n lagi usaha kerajaan untuk membangunk­an rakyat dan negeri.

“Kita juga perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah banyak memberikan peruntukan besar untuk pembanguna­n Sabah.

“Ini juga hasil hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat yang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat di Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyampaik­an cek bernilai RM47,502,648 kepada Musa mewakili kerajaan negeri bagi pembayaran imbuhan imam, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru takmir di negeri ini.

Asyraf Wajdi turut menyampaik­an cek bernilai RM7,380,000 untuk pembayaran khas ‘one-off’ kepada imam. bilal, siak, guru KAFA dan takmir di negeri ini yang masing-masing akan menerima RM1,500. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia