Utusan Borneo (Sarawak)

SKUAD PELAPIS SARAWAK LEBIH MANTAP

Posa yakin skuad bimbingan Wahet Uji gapai kedudukan lebih baik pada Piala Presiden 2018

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais menaruh keyakinan tinggi terhadap barisan skuad pelapis Sarawak untuk memburu kedudukan lebih baik pada kempen Piala Presiden 2018.

Ditemui semasa sesi fotografi semalam, Posa berkata skuad serba baharu itu cukup bersedia dan tidak sabar untuk menghadapi saingan dijadual bermula pada Khamis ini.

Beliau juga menggesa semua pemain mengekalka­n prestasi cemerlang agar dapat dikekalkan dalam skuad SUKMA 2018.

“Saya percaya skuad ini mampu pergi jauh kali ini dan berada dalam m kelompok pasukan ukan teratas.

“Piala Pres- iden 2018 akan menjadi ujian kepada semua pemain sama ada mereka layak untuk k kekal atau diguugurka­n dari senarai skuad SUKMA 2018.

“Justeru, penting bagi semua pemain ini mempamer prestasi cemerlang sepanjang saingan Piala Presiden kelak kerana kita mahu memastikan hanya pemain terbaik dipilih dalam skuad SUKMA,” katanya.

Posa juga percaya sentuhan jurulatih berpengala­man, Wahet Uji mampu mencipta sesuatu terhadap skuad itu pada tahun ini.

Sementara itu, pengurus skuad Duke Janteng juga senada dengan Posa skuad itu mampu mencapai sasaran lima kelompok terbaik kali ini, sekali gus memperbaik­i kedudukan ke-10 dicatat pada tahun lepas.

Berbekalka­n sentuhan jurulatih berpengala­man Sarawak Wahet Uji, beliau percaya skuad itu mampu mencapai misi yang telah ditetapkan oleh pengurusan.

“Kita sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharung­i saingan musim baharu.

“Sasaran kita untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik, sekali gus cuba memperbaik­i pencapaian yang agak kurang memuaskan tahun lepas,” tambah Duke.

Sarawak akan memulakan kempen menentang Terengganu III di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 22 Februari ini.

Piala Presiden 2018 akan menjadi ujian kepada semua pemain sama ada mereka layak untuk kekal atau digugurkan dari senarai skuad SUKMA 2018. Dato Posa Majais M P Presiden id FAS

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA S MENCABAR: (Duduk dari empat kiri) Wahet, Posa dan Duke bersama barisan pemain, jurulatih dan pegawai skuad Piala Presiden 2018.
SEDIA S MENCABAR: (Duduk dari empat kiri) Wahet, Posa dan Duke bersama barisan pemain, jurulatih dan pegawai skuad Piala Presiden 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia