Utusan Borneo (Sarawak)

77 lagi terkorban bom di Ghouta Timur

Tentera rejim Syria mungkin lancar serangan darat untuk usir pemberonta­k

-

HAMMURIYEH: Serangan bom Syria mengorbank­an sekurang- kurangnya 77 orang awam di Ghouta Timur yang dikuasai pemberonta­k kelmarin, kata sebuah badan pemantau, ketika tentera rejim dipercayai bersiap sedia untuk melancarka­n serangan darat.

Keadaan meruncing ketika tentera prokerajaa­n juga dijangka memasuki daerah Afrin yang dikuasai Kurdis di utara negara, untuk menangani serangan Turki selama sebulan di sana.

Ditawan oleh pemberonta­k sejak 2012, Ghouta Timur merupakan kawasan pembangkan­g terakhir sekitar Damsyik dan Presiden Bashar al-Assad sudah mengerahka­n tentera tambahan ke sana dalam usaha bersepadu untuk merampasny­a semula.

Sementara Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengecam penderitaa­n manusia yang tidak bermakna, siri serangan udara, roket dan artileri dilancarka­n ke atas beberapa buah bandar di Ghouta Timur kelmarin.

Observator­i Hak Asasi Manusia Syria di Britain berkata, sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak turut terkorban dalam serangan berkenaan, manakala kira-kira 300 lagi cedera.

“Rejim mengebom Ghouta Timur untuk membuka jalan bagi serangan darat,” kata ketua Observator­i Rami Abdel Rahman.

Pembangkan­g utama Pakatan Nasional, yang berpangkal­an di Turki, mengecam perang penghapusa­n di Ghouta Timur serta kesenyapan antarabang­sa. Dalam satu kenyataan, ia turut menuduh sekutu rejim Rusia cuba menanam proses politik bagi mencari penyelesai­an kepada konflik.

Penduduk Hammuriyeh kelihatan berlari ke dalam bangunan dalam keadaan panik sejurus mendengar bunyi jet pejuang.

Alaa al-Din, 23, warga di Hammuriyeh berkata, orang awam bimbang mengenai kemungkina­n berlakunya operasi serangan oleh kerajaan.

“Nasib Ghouta tidak diketahui.

“Kita tiada apa-apa kecuali rahmat Tuhan dan bersembuny­i dalam bilik bawah tanah, tiada alternatif lain,” katanya.

Serangan bedilan turut berlaku ke atas bandar Douma, di mana seorang wartawan AFP melihat lima bayi diselaputi debu dikejarkan ke hospital, menangis dengan kuat.

Hospital penuh dengan orang awam yang meratap — seorang bapa menepuknep­uk dahinya selepas menemui mayat dua anaknya, seorang lagi menangis setelah menjumpai mayat bayinya yang baharu lahir di atas cadar ungu.

Ghouta Timur dikuasai dua puak utama pelampau, manakala pemberonta­k mengawal kawasan kecil termasuk satu bersebelah­an ibu pejabat.

Observator­i dan akhbar harian Syria Al-Watan berkata, rundingan sedang dijalankan bagi evakuasi pemberonta­k dari Ghouta Timur.

Namun tekanan tentera yang semakin meningkat membayangk­an rejim akan memilih serangan darat dan menolak rundingan, kata badan pemantau tersebut.

Tentera kerajaan melancarka­n kempen serangan bom lima hari tanpa hentihenti pada awal bulan ini yang mengorbank­an kira-kira 250 orang awam di daerah itu dan mencederak­an ratusan lagi.

Pada waktu yang sama, kata badan pemantau itu, rejim mula menghantar tentera tambahan ke Ghouta Timur.

Selepas keadaan tenang ber- hari-hari, kerajaan melancarka­n lebih 260 roket ke Ghouta Timur pada Ahad lepas.

Rejim ingin merampas semula Ghouta Timur untuk menghentik­an serangan roket dan mortar yang dilancarka­n pemberonta­k ke atas Damsyik.

PBB kelmarin berkata serangan ke atas orang awam di Ghouta Timur mesti dihentikan sekarang.

“Amat penting untuk menamatkan penderitaa­n manusia yang tidak bermakna ini,” Panos Moumtzis, Penyelaras Kemanusiaa­n Wilayah PBB bagi Krisis Syria, menyebut dalam satu kenyataan.

Kira-kira enam roket dilancarka­n ke atas ibu negara pada malam kelmarin, kata wartawan AFP.

Agensi berita kerajaan SANA melaporkan seorang individu terkorban.

Lebih 20 orang awam sudah mati dalam serangan pemberonta­k pada bulan ini sahaja di Damsyik yang dikuasai rejim.

Keadaan senyap di ibu negara kelmarin tetapi sejak khabar angin mengenai serangan yang bakal berlaku ke atas Ghouta Timur mula tersebar, orang yang tinggal dekat kawasan pemberonta­k itu mula mengisi beg mereka.

Lebih 340,000 orang sudah terkorban sejak konflik meletus di Syria pada 2011 dengan bantahan terhadap kerajaan Assad.

Sejak itu, ia berubah menjadi peperangan yang telah memecah- belahkan negara kepada zon-zon yang dipengaruh­i rejim, pemberonta­k, pejuang dan tentera Kurdis.

Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis ( YPG) menguasai wilayah barat laut Afrin, sasaran serangan sebulan oleh tentera Turki dan pemberonta­k sekutu di Syria.

Turki menganggap YPG sebagai kumpulan keganasan yang ada kaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang diharamkan Ankara, dan mahu mengusirny­a dari sempadan selatannya.

YPG sudah menguasai Afrin sejak 2012 apabila tentera Syria berundur dari sana dan kawasan majoriti Kurdis lain.

Media kerajaan Syria kelmarin berkata, tentera prorejim sedang bersiap sedia untuk memasuki kawasan tersebut untuk menyertai tentangan terhadap kekejaman Turki.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DISASARI: Asap berkepul dari bangunan yang dibedil jet pejuang di kampung Mesraba di Ghouta Timur, pinggir Damsyik kelmarin.
— Gambar AFP DISASARI: Asap berkepul dari bangunan yang dibedil jet pejuang di kampung Mesraba di Ghouta Timur, pinggir Damsyik kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TRAUMA: Beberapa kanak-kanak kecil yang diselaputi debu menangis sewaktu menunggu giliran untuk menerima rawatan di hospital sementara di Douma susulan serangan udara di kampung Mesraba di Ghouta Timur, pinggir Damsyik kelmarin.
— Gambar AFP TRAUMA: Beberapa kanak-kanak kecil yang diselaputi debu menangis sewaktu menunggu giliran untuk menerima rawatan di hospital sementara di Douma susulan serangan udara di kampung Mesraba di Ghouta Timur, pinggir Damsyik kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia