Utusan Borneo (Sarawak)

JOM TENGOK GAGAH SAMUDERA

Warga Kuching dipelawa kunjungi aset terbaharu TLDM di Pelabuhan Pending hari ini.

-

KUCHING: Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS), aset terbaharu Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) kini berlabuh di Pelabuhan Pending di sini, untuk dilawati orang ramai khususnya di bandar raya ini.

Justeru, Pegawai Memerintah K L G S Komander Mahamad Nazir Darus mengalu-alukan orang ramai melawat ke KLGS pada hari ini, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Saya menjemput penduduk setempat di Kuching datang ke KLGS, di mana orang ramai akan dibenarkan melawat ke atas kapal bagi melihat sendiri kemudahan dan peralatan kami,” katanya pada sidang media sebaik sahaja ketibaan KLGS di Pelabuhan Pending, semalam.

Menurut Mahamad, sejak beroperasi pada Mac tahun lepas, ini adalah kali pertama KLGS tiba di Kuching setelah belayar sejauh 8,000 batu nautika ke pelbagai pelabuhan termasuk di luar negara seperti Thailand dan Vietnam.

Sehubungan itu, beliau berkata lawatan terbuka di KLGS merupakan sebahagian daripada program mereka untuk mendekati masyarakat, di samping berkongsi dengan orang ramai mengenai tugas dan fungsi TLDM.

“Kapal ini adalah aset kerajaan yang dibiayai dengan duit kerajaan dan rakyat... oleh itu, kami mahu rakyat tahu bahawa kita mempunyai aset yang bagus untuk melatih anggota TLDM.

“Di samping itu, program bersama rakyat ini juga untuk memberi ruang kepada anggota TLDM berinterak­si dengan penduduk setempat untuk memastikan kewujudan TLDM disedari dan disukai semua orang,” katanya.

Selain itu, Mahamad berkata pihaknya juga akan mengadakan Program Jiwa Murni di sebuah madrasah di sini, sebagai platform untuk mendekatka­n anggota TLDM dengan masyarakat.

“Ini merupakan satu sumbangan kami kepada masyarakat setempat selain untuk mendedahka­n kru kapal tentang kehidupan masyarakat di sini,” katanya.

Sementara itu, Mahamad berkata selepas berlabuh di Kuching, KLGS dijadual meneruskan pelayaran ke Bintulu.

Katanya pelbagai program akan turut diadakan di Bintulu, di mana TLDM mempunyai perancanga­n untuk membuka markas wilayah laut di sana.

KLGS merupakan platform latihan terbaharu dalam armada TLDM dan turut merupakan kapal pertama yang dibina bagi memenuhi keperluan latihan di laut.

Memiliki spesifikas­i 76 meter panjang dan 11 meter lebar, KLGS beroperasi dengan 45 kru yang terdiri daripada lapan pegawai dan 37 anggota serta mampu menampung seramai 60 pelatih dan 10 jurulatih pada satu-satu masa.

Istimewany­a, KLGS turut dilengkapi sistem kombat, radar, peralatan navigasi dan komunikasi serta senjata jarak dekat yang canggih dan terbaharu, yang digunakan bukan sahaja sebagai platform latihan malah boleh melaksanak­an tugas operasi apabila diperlukan.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA: Pegawai Memerintah Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) Komander Mahamad Nazir Darus pada sidang media di KLGS, semalam.
KETUA: Pegawai Memerintah Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) Komander Mahamad Nazir Darus pada sidang media di KLGS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia