Utusan Borneo (Sarawak)

MWKS, MPWS perlu berubah: Fatimah

Usaha memperkasa wanita berdepan cabaran masa kini terutama ke arah ekonomi digital, kata Fatimah

- Oleh Jessica Jawing

Fungsi MWKS dan MPWS saya percaya hampir sama iaitu menjadi penasihat kepada kerajaan dalam hal berkaitan wanita dan keluarga, bagi memperkasa­kan wanita.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) harus mentransfo­rmasikan peranan mereka dalam menghadapi era masa kini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia terutama kini ke arah ekonomi digital.

“Fungsi MWKS dan MPWS saya percaya hampir sama iaitu menjadi penasihat kepada kerajaan dalam hal berkaitan wanita dan keluarga, bagi memperkasa­kan wanita.

“Masa sudah berubah, peranan dimainkan MWKS dan MPWS perlu berubah dalam menghadapi persekitar­an serta era pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan ahli MPWS yang diketuai Pengerusin­ya Datuk Dr Tarsiah Taman di Wisma Wanita di sini, semalam.

Menurut Fatimah, dari segi struktur, MPWS mungkin ada berbeza sedikit tetapi secara keseluruha­n visi dan misinya dengan MWKS adalah sama iaitu memperkasa­kan wanita dalam pelbagai aspek.

Katanya yang juga pengerusi MWKS,pihaknya akan mem- pelajari apa yang didapati daripada majlis berkenaan untuk diteliti dan diguna pakai di Sarawak dan sebaliknya.

“Hari ini kita juga memutuskan mewujudkan kumpulan WhatsApp bagi membolehka­n kita terus berhubung dan berkomunik­asi.

“Saya percaya ini akan mengukuhka­n lagi matlamat kita untuk memperkasa­kan wanita dan keluarga,” katanya.

Fatimah memberitah­u, Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai persamaan dari segi isu, budaya dan persekitar­an.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Noriah Ahmad.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Fatimah menerima cenderamat­a daripada Tarsiah (sembilan kanan) sambil disaksikan ahli-ahli MWKS dan MPWS di Wisma Wanita, Kuching, semalam.
PENGHARGAA­N: Fatimah menerima cenderamat­a daripada Tarsiah (sembilan kanan) sambil disaksikan ahli-ahli MWKS dan MPWS di Wisma Wanita, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia