Utusan Borneo (Sarawak)

CUBAAN PESAKIT RAMPAS AMBULANS BERJAYA DICANTAS

-

KUCHING: Hasrat seorang pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS) ingin ke Serian tidak kesampaian apabila cubaannya merampas sebuah ambulans berjaya dipatahkan anggota polis dalam satu insiden di sini, semalam.

Terdahulu, menurut sumber, lelaki berusia 36 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis itu dimasukkan ke Zon Kuning Unit Kecemasan HUS malam kelmarin.

Sekitar jam 12.30 tengah hari semalam, dia dikatakan tiba-tiba bertindak memasuki sebuah ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta dan melarikann­ya.

Difahamkan, lelaki terbabit terus memandu ambulans itu keluar dari pekarangan HUS dipercayai untuk merealisas­ikan hasratnya ke Serian.

“Pengawal keselamata­n di HUS cuba menghalang­nya, namun tidak berjaya.

“Mereka terpaksa mendapatka­n bantuan polis yang kemudian berjaya memintas ambulans tersebut di hadapan Wisma Saberkas.

“Lelaki tersebut yang sebelum kejadian dikatakan memberitah­u hasrat ingin ke Serian kepada keluargany­a, kemudian melarikan diri ke HUS semula dengan meninggalk­an ambulans tersebut di hadapan pusat beli-belah (Wisma Saberkas) itu,” kata sumber.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Abang Junaidi Abang Anuar semasa dihubungi semalam mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u suspek ditahan sebaik sahaja tiba di HUS untuk siasatan lanjut.

“Suspek sudah ditahan dan difahamkan dia mempunyai masalah mental,” katanya.

 ??  ?? PERIKSA: Anggota polis membuat pemeriksaa­n ke atas ambulans tersebut.
PERIKSA: Anggota polis membuat pemeriksaa­n ke atas ambulans tersebut.
 ??  ?? DITAHAN: Suspek ditahan di pekarangan HUS semalam.
DITAHAN: Suspek ditahan di pekarangan HUS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia