Utusan Borneo (Sarawak)

18 lelaki termasuk empat warga Thai ditahan AADK

-

KANGAR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) Perlis menahan 18 lelaki termasuk empat warga Thailand dalam operasi sempena Tahun Baharu Cina di Chuping dan Padang Besar dekat sini, pada Ahad dan Isnin lepas.

AADK dalam kenyataann­ya berkata, enam daripadany­a ditahan di pos Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di Chuping dan lima lagi di pos Padang Besar, manakala tujuh termasuk warga Thai ditahan di laluan masuk negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Padang Besar.

“Ujian saringan urin menunjukka­n kesemua yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu, ganja dan opiat,” katanya di sini, semalam.

Empat belas lelaki tempatan dibawa ke pejabat AADK dan diambil tindakan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998, manakala warga Thai dihantar ke Unit Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut, katanya.

Sementara itu, katanya sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang bertemakan ‘Komuniti Kita, Tanggungja­wab Kita’ pada Isnin, AADK Perlis telah menjalanka­n beberapa aktiviti seperti edaran risalah kempen perangi dadah.

“Beberapa program lain yang diaturkan akan dijalankan secara berperingk­at sempena sambutan kali ini,” katanya.

AADK turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan penyalahgu­naan dadah, boleh terus ke pejabat AADK Perlis atau menghubung­i talian 04-9764603.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia