Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penjawat awam tidak mengaku minta suapan

-

SIBU: Dua penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini petang kelmarin atas tuduhan meminta rasuah.

Kedua-dua tertuduh, Raffian Mohammad, 36, dan Rita Rubiana, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Mengikut pertuduhan, Rita didakwa meminta wang suapan RM6,000 daripada seorang lelaki pada 25 Jun, 2016, kira-kira jam 10.30 malam di belakang sebuah restoran.

Sementara itu, Raffian didakwa bersubahat bersama Rita meminta wang suapan RM6,000 daripada lelaki sama pada 26 Jun, 2016, kira-kira jam 8.30 malam.

Wang rasuah itu sebagai dorongan agar mereka tidak mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit yang disyaki mengambil pekerja asing bekerja tanpa permit yang sah.

Sehubungan itu, kedua- dua mereka didakwa mengikut Seksyen 17( a), Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24, Akta yang sama.

Mahkamah membenarka­n kedua-dua tertuduh masingmasi­ng dibebas dengan ikat jamin RM10,000 berserta seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 16 April ini sebagai tarikh awal pengurusan kes, sementara 27 hingga 29 Jun dan 2 hingga 3 Julai sebagai tarikh perbicaraa­n kes.

Pendakwaan kes dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnai­n Rousan Hasbi sementara tertuduh diwakili Shankar R.P. Asnani dan Augustine Liom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia