Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sesekali bangkitkan sentimen kaum, kata Mong

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang menyeru rakyat di negeri ini agar tidak membangkit­kan sentimen kaum, sebaliknya hormat menghormat­i serta memahami budaya dan agama masyarakat lain demi memperkuku­hkan perpaduan.

Menurutnya, dengan adanya sikap saling hormat menghormat­i agama serta adat resam budaya masyarakat lain, sudah pasti negeri dan negara kita ini akan terus makmur tanpa pertelingk­ahan.

“Apa yang kita harapkan isu yang melibatkan perkauman tidak dibangkitk­an kerana ia boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kapitan Kiew Siew Ted di Taman Pasir Panas, dekat sini kelmarin.

Katanya Sarawak telah mencapai kemerdekaa­n lebih 50 tahun dalam Malaysia, justeru perpaduan antara kaum di negeri ini perlu dipelihara dan dipertahan, malah perpaduan sekarang ini cukup mantap sehingga mendapat pujian di persada dunia.

“Ini semua hasil kepimpi- nan para pemimpin negara kita yang sentiasa mencari jalan terbaik untuk membentuk rakyat agar terus mengekalka­n perpaduan sedia ada.

“Dalam pada itu, beliau turut mengharapk­an isu-isu berkaitan sentimen agama diselesaik­an secara hikmah iaitu sederhana atau tidak terlalu ekstrem dalam semua perkara supaya tidak timbul pertelagah­an, permusuhan dan ketegangan antara satu sama lain,” tegasnya.

Turut mengiringi beliau semasa kunjungan berkenaan Kaunselor Menjang Niah serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

 ??  ?? BERTEMU MESRA: Dr Sim (duduk, lima kiri) bersama rombongann­ya merakam kenangan bersama Lau (duduk, empat kanan) di Jalan Camar, semalam.
BERTEMU MESRA: Dr Sim (duduk, lima kiri) bersama rombongann­ya merakam kenangan bersama Lau (duduk, empat kanan) di Jalan Camar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia