Utusan Borneo (Sarawak)

TBC: Dr Sim kunjungi rakan-rakan di Sibu

-

SIBU: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian mengadakan kunjungan mesra ke beberapa kediaman ketua masyarakat dan pengerusi persatuan di bandar ini, semalam.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersama rombongan memulakan kunjungan ke kediaman Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Se- kolah-Sekolah Cina Malaysia (DongZong) dan pemimpin masyarakat Cina Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming di Jalan Camar.

Selepas itu, pada jam 10 pagi, Dr Sim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 SUPP Sibu di Dewan Suarah Sibu di sini.

Majlis rumah terbuka tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg serta Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan beberapa kenamaan lain.

Pada sebelah petang, kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah itu diteruskan ke kediaman Presiden Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu Kong Hian Khim di Jalan Pelai.

Kunjungan seterusnya ke kediaman Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Chieng Buong Toon, sebelum berakhir di kediaman bekas Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Soon Choon Teck.

Turut mengiringi Dr Sim ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang, Pengerusi SUPP Bawang Assan Robert Lau, Pengerusi SUPP Nangka Chua Beng Seng, tiga calon berpotensi SUPP Parlimen Lanang Kelvin Kong, Joseph Chieng dan Wong Ching Yong serta yang lain.

 ??  ?? LAWAT: Penguang dan rombongan mengunjung­i usahawan Sim Boon Seng serta keluarga.
LAWAT: Penguang dan rombongan mengunjung­i usahawan Sim Boon Seng serta keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia