Utusan Borneo (Sarawak)

20 qari, qariah sah menyertai tilawah peringkat negeri

-

KUCHING: Seramai 20 qari dan qariah mengesahka­n penyertaan pada Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Negeri Sarawak 2018 yang akan berlangsun­g di Dewan Majlis Islam Sarawak (MIS) pada 27 Februari hingga 2 Mac depan.

Johan bagi qari dan qariah musim 2017, Nordin Putit dan Nur Syakura Muhamad Musa turut mengesahka­n penyertaan.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata program tahunan itu merupakan penganjura­n edisi ke-58 tahun ini.

“Ia merupakan acara rasmi kerajaan negeri yang diadakan setiap tahun,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang juga menteri terhadap majlis itu berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di pejabat MIS di sini semalam.

Hadir sama, Yang dipertua MIS Datu Misnu Taha.

Sementara itu, Misnu berkata program itu juga sebagai persiapan untuk mencari wakil Sarawak bertanding di peringkat kebangsaaa­n yang akan diadakan pada 1 hingga 7 April depan.

Johan bagi dua kategori itu bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 serta piala pusingan.

Menurutnya, pelbagai program sampingan turut diadakan sepanjang tempoh majlis itu berlangsun­g.

Antaranya, kuiz al-Quran, jualan dan pameran, lawatan jemaah hakim, majlis tadarus al-Quran dan festival nasyid untuk pelajar sekolah menengah di daerah Kuching.

Misnu berkata majlis perasmian akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 27 Februari.

 ??  ?? APA KHABAR?: Rubiah disambut penduduk kampung setibanya pada majlis penutupan Hari Keluarga Kampung Tanjung Tuang.
APA KHABAR?: Rubiah disambut penduduk kampung setibanya pada majlis penutupan Hari Keluarga Kampung Tanjung Tuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia