Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita PBB, MWKS mahu pihak terbabit dicari seterusnya didakwa dan dikena tindakan tegas

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak ( MWKS) mahu pihak berwajib seperti polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri seperti ditular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata individu atau pihak yang berbuat demikian mesti dicari seterusnya didakwa dan dikenakan tindakan tegas supaya perkara sedemikian tidak berulang, juga tidak berlaku kepada orang lain.

“Kami di MTW (Majlis Tertinggi Wanita) PBB dan MWKS menetapkan pendirian teguh dan bersatu serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau batas ini.

“Kata-kata ‘Dia ni kalau tak jadi menteri memang jadi pelacur’ adalah satu penghinaan yang amat besar kepada wanita lebih-lebih ke atas seseorang yang banyak menyumbang kepada negara dan negeri,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Baitulmakm­ur di sini semalam.

Kami di MTW (Majlis Tertinggi Wanita) PBB dan MWKS menetapkan pendirian teguh dan bersatu serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau

ini. ” batas Dato Sri Fatimah Abdullah Ketua Pergerakan Wanita PBB

Fatimah berkata kenyataan Nancy yang merupakan Naib Ketua Wanita PBB pada sidang media pada November 2013 mengenai dasar diskrimina­si terhadap Bumiputera khasnya Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah disalah taksir oleh pemilik akaun Facebook berkenaan.

Malah tegasnya, Nancy telah berulang kali menafikan perkara itu sejak ia mula ditular pada 2015.

Fatimah yang juga pengerusi MWKS memetik kenyataan penjelasan Nancy sebagai berkata: “Berulang kali posting kononnya saya mengatakan Bumiputera kalau tak dibantu mencuri.

“Pihak pembangkan­g tanpa rasa bersalah mempermain­kan kata-kata supaya rakyat marah, apatah lagi golongan Bumiputera.

“Saya teringat, pada November 2013, di mana wartawan puak pembangkan­g menanyakan soalan ‘does the government have the guts, to abolish discrimina­tory policy?’. Saya tanya ‘can you be specific?’.

“Dia kata ‘ The NEP’ (DEB). Saya jawab, untuk menyeimban­gkan ekonomi dalam sesebuah negara ada kalanya kita perlu ‘inequal in order to be equal’.

“Kalau pembeli itu adalah daripada golongan majoriti dan majoriti itu tidak mampu, maka perlu majoriti ini dibantu. Kita sedar bahawa apabila ekonomi tidak seimbang, wujudnya masalah sosial, misalnya ada orang mencuri bila tidak mampu untuk membeli.

“Did I mention Bumiputera mencuri? I was explaining the policy which has been in existance long ago.”

Justeru Fatimah berkata apa yang ditular dalam media sosial jelas terkeluar daripada konteks sebenar dan ia tindakan yang sangat tidak bertanggun­gjawab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia