Utusan Borneo (Sarawak)

Ranting Bakanu PBB Bekenu berhasrat kemuka anak watan Sibuti

-

MIRI: Para penyokong Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bekenu, khususnya Ranting Bakanu, memberitah­u bahawa mereka sudah mempunyai ‘bayangan’ untuk calon bagi kerusi P.218 Sibuti sekiranya penyandang sedia ada Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang mengundur diri atau tidak lagi dicalonkan.

Ketua PBB Ranting Bakanu Ali Sheikh Kassim berkata selain Ahmad Lai selaku penyandang kerusi sedia ada, PBB Bekenu juga bersedia dengan ‘bakal calon’ yang akan menggantik­annya untuk meneruskan perjuangan mempertaha­nkan Parlimen Sibuti.

“Seandainya penyandang sedia ada YB Datuk Haji Ahmad Lai Bujang tidak dicalonkan semula oleh Majlis Tertinggi PBB atas faktor munasabah, PBB di sini ( Bekenu) membayangk­an calon pengganti muka baharu untuk bertanding atas tiket BN-PBB di P.218 pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak,” jelasnya.

Dalam kenyataann­ya kepada Utusan Borneo di sini semalam, Ali berkata calon berkenaan anak watan Sibuti dan telah bersara wajib sebagai penjawat awam.

Menurut beliau lagi, bakal calon yang dibayangka­n itu pernah menyandang jawatan tinggi dalam sektor awam dan berkelulus­an dalam jurusan perakaunan dari seberang laut.

“Atas kehendak kerajaan negeri, beliau ‘ dipinjam’ untuk bekerja semula dengan kerajaan untuk sementara waktu tetapi kini beliau bersedia menabur bakti dengan melibatkan diri sepenuh masa dalam bidang politik khususnya PBB,” tambah Ali.

Beliau memberitah­u, orang yang dibayangka­n itu turut tersenarai dalam senarai calon berpotensi BN.

“Namun kita juga akur proses penapisan dan pemilihan calon di peringkat akhir adalah di tangan Presiden PBB merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sebelum dimuktamad­kan Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak,” tambahnya.

Sehubungan itu katanya, walau siapa pun jua yang akan bertanding mempertaha­nkan kerusi PBB di Sibuti, Cawangan Bekenu dan ranting-rantingnya sudah mempersiap­kan jentera bagi menghadapi PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia