Utusan Borneo (Sarawak)

Ada yang dah jemu menunggu pilihan raya: Minos

-

KUCHING: Terlalu banyak spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke14 ( PRU14) sejak tahun lepas, menyebabka­n ramai yang sudah jemu membuat telahan.

Pemerhati politik Datuk Peter Minos berkata, demikian menambah, ada beberapa orang berbisik kepadanya “lagi cepat lagi bagus”.

“Orang ramai sebenarnya sudah agak jemu mengenai (bilakah) PRU14 akan diadakan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada 24 Jun. Ia akan automatik terbubar jika tidak dilakukan sebelum tarikh tersebut.

Bagaimanap­un katanya, tempoh Parlimen boleh dilanjutka­n untuk tempoh 60 hari, sehingga 24 Ogos.

“Tetapi parti pemerintah tidak mungkin akan menggunaka­n tempoh lanjutan kerana ia terlalu berisiko jika berlaku kejatuhan ekonomi dan misalnya pemimpin tertinggi jatuh sakit. Ini amat berbahaya,” ujarnya.

Minos menjangkak­an PRU14 akan diadakan pada April atau Mei selepas mempertimb­angkan pelbagai faktor.

Bermula 5 Mac hingga 5 April, persidanga­n Dewan Rakyat akan diadakan.

Tarikh sesuai yang tinggal ialah antara 6 April hingga 17 Mei - tempoh agak terluang antara persidanga­n Dewan Rakyat dan sebelum umat Islam berpuasa pada 17 Mei.

Jangkaan beliau itu turut bersandar kepada situasi semasa, antaranya persiapan yang kian rancak.

Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR), polis dan tentera semua sudah bersedia.

“Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) juga kini bersedia dengan senarai calon parti masing-masing.

“Parti-parti pembangkan­g juga dalam situasi yang sama, dalam proses memuktamad­kan kerusi mana yang akan ditandingi,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia