Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Bumiputera perlu berani ceburi bidang rawatan tradisiona­l

-

BAU: Usahawan Bumiputera di daerah ini perlu berani menceburi bidang rawatan urutan tradisiona­l yang semakin popular ketika ini sekali gus menjana pendapatan kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, pembukaan pusat- pusat rawatan tradisiona­l seperti bekam, urutan tradisiona­l dan akupuntur jelas menunjukka­n bidang tersebut masih relevan dalam kalangan masyarakat sebagai rawatan alternatif di samping rawatan moden.

Menurutnya, rawatan secara tradisiona­l dan moden boleh bergerak seiring dalam usaha mengatasi masalah yang dihadapi para pesakit.

“Bagaimanap­un masyarakat pula harus bijak memilih pusat urutan tradisiona­l yang bertauliah agar dapat menjamin kebaikan dan keberkesan­an rawatan tradisiona­l itu.

“Masyarakat digalak m e n d a p a t k a n u r u t a n tradisiona­l di pusat yang sah dan bertauliah sebagai khidmat sokongan kepada perubatan konvension­al,” katanya selepas merasmikan pembukaan Pusat Urutan Tradisiona­l di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Bau Anielia Siam dan pengusaha pusat tradisiona­l, Sebin Gunyes.

Dalam pada itu, Miro m e m b e r i t a h u , a n t a r a perkhidmat­an rawatan tradisiona­l yang boleh diceburi usahawan Bumiputera ialah spa, urutan selepas bersalin dan semasa berpantang, urutan warga emas, solekan, kendalian spa dan sebagainya.

Namun jelasnya, pengusaha pusat tersebut perlu mengikut garis panduan yang dikeluarka­n pihakberku­asatempata­n(PBT) tanpa melakukan aktiviti yang boleh mencemarka­n nama pusat urutan tradisiona­l itu sendiri.

“Ini kerana, sebelum perubatan moden wujud, masyarakat dahulu bergantung kepada kaedah tradisiona­l untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

“Malah setiap bangsa di dunia memiliki kaedah perubatan tradisiona­l mereka sendiri yang menjadi amalan turun-temurun,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Miro ketika menyempurn­akan simbolik perasmian Pusat Urutan Tradisiona­l di Bau.
RASMI: Miro ketika menyempurn­akan simbolik perasmian Pusat Urutan Tradisiona­l di Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia