Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik diingat pastikan anjing disuntik vaksin anti-rabies

-

KUCHING: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) mengingatk­an pemilik anjing agar memastikan anjing mereka disuntik vaksin antirabies terutama yang berada di kawasan wabak.

Menerusi kenyataann­ya semalam, JPVS menegaskan bahawa kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Denda tidak melebihi RM2,500 akan dikenakan dan anjing yang ditangkap tanpa bukti pemvaksina­n anti-rabies boleh ditahan dan dimusnahka­n.

Pemilik haiwan kesayangan turut digalak memandul atau mengkasi anjing atau kucing peliharaan mereka.

Ia bertujuan mengehadka­n populasi serta mengurangk­an risiko jangkitan rabies.

Orang ramai juga perlu mengelak haiwan peliharaan mereka sama ada yang telah divaksin atau belum daripada bercampur dengan haiwan terbiar dan memerhati perubahan sikap haiwan tersebut.

Jika terdapat perubahan terhadap haiwan peliharaan, boleh melaporkan terus kepada JPVS di talian 082612949 atau 082- 611607 dengan segera.

JPVS mengingatk­an bahawa di bawah Seksyen 37(2) dan (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membiarkan anjing lepas bebas dan membawa anjing keluar dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada State Veterinary Authority.

Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau keduaduany­a boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Jumlah kes sehingga semalam menerusi laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menunjukka­n Kuching 213,160, Serian (92,529), Samarahan (8,525), SriAman(2,641), Sarikei(296), Betong ( 146) menjadikan jumlah keseluruha­nnya sebanyak 436,997 kes.

Orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing diminta segera b e r t i n d a k m e n j a l a n i pemeriksaa­n di mana-mana fasiliti kesihatan terdekat.

Pada masa yang sama, orang ramai turut diingatkan untuk sentiasa menghindar­kan diri daripada gigitan haiwan terutama anjing dan sekiranya digigit, perlulah mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci luka atau bahagian terkena gigitan menggunaka­n sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit dan segera mendapatka­n rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

Sehingga hari ini jumlah keseluruha­n kawasan yang telah diisytihar­kan wabak rabies adalah sebanyak 30 kawasan di lima bahagian iaitu Kuching (4), Samarahan (3), Serian (21), Sri Aman (1) dan Sarikei (1).

Kuching di Lorong 11, Batu 5, Jalan Semaba, Pasar Basah Sungai Maong, Kampung Serikin dan Taman Alamanda Indah Matang.

Samarahan pula, di Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, kawasan pasar Simunjan dan kawasan Gawang Empili, Simunjan.

Sementara di Serian ialah di Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu Bakong, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Seroban, Kampung Tangga, Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung Tampek Sumpas.

Juga Kampung Rasau, pekan Siburan, bandar Serian, Batu 45 Jalan KuchingSer­ian, Kampung Temong Mura, Kampung Entubuh, Kampung Kuala Jalan Gedong, Kampung Telagus Serian, Ladang Masranti, Telagus, Sri Aman Rumah Janta, Punggu Mawang dan di Sarikei di SMK Julau No.2.

 ??  ?? LAWAT: Wakil-wakil media ketika dibawa melawat Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS), semalam.
LAWAT: Wakil-wakil media ketika dibawa melawat Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia