Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah, IPT harus patuhi SOP ketika melakukan kerja penyelengg­araan

-

KUCHING: Pihak berkuasa berwajib mesti mengambil tindakan segera dengan mengarahka­n semua sekolah atau institusi pengajian tinggi ( IPT) mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) ketika melakukan kerjakerja penyelengg­araan dalam kawasan sekolah atau IPT.

Perkara itu ditegaskan oleh Yang Dipertua Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Omar Immun mengulas insiden seorang pelajar perempuan maut dan dua rakannya cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Media melaporkan Nur Afini Roslan, 14, mati di lokasi dan ketika kejadian ketiga-tiga pelajar itu berada berhampira­n traktor berkenaan.

“MAPIM Sarawak amat kesal dengan kemalangan yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Gemas, Negeri Sembilan baru-baru ini, tiga pelajarnya terkena bilah pisau traktor memotong rumput, salah seorang daripada mereka maut di tempat kejadian.

“Dalam hal ini, semua pihak tidak perlu menuding jari mencari kesalahan sesiapa tetapi lebih utama ialah mengetatka­n peraturan kerja- kerja am di kawasan sekolah ketika aktiviti pelajar sedang berlangsun­g,” katanya.

B e l i a u m e n a m b a h , sebarang bentuk kecuaian harus diminimumk­an sebaik mungkin.

“Timbul beberapa persoalan di sini, iaitu kerja- kerja yang dilakukan di kawasan terbuka sekolah pada waktu aktiviti sekolah juga diadakan, dibuat tanpa pengawasan oleh pihak pemotong rumput dan kurangnya pemerhati daripada pelbagai pihak di persekitar­an.

“Kesalahan dan kecuaian pekerja pemotong rumput serta pihak pengurusan harus ditangani bersama agar kejadian tidak berulang.

“Perkara sedemikian tidak akan berlaku sekiranya semua pihak bertindak dan bekerja mengikut SOP,” katanya.

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia