Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas MB Kedah tidak berjaya buktikan kes prima facie terhadap Najib

-

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal dalam rayuannya berhubung permohonan ex-parte bagi mendapatka­n kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengeru­sikan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan berkata mahkamah bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Mukhriz tidak berjaya membuktika­n kes prima facie bagi menghina mahkamah terhadap Najib.

Beliau berkata mahkamah juga mendapati tiada kesilapan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semasa memutuskan bagi perkara exparte itu didengar berasaskan ‘opposed ex-parte’.

Dalam prosiding undang-undang, permohonan ex- parte didengar oleh mahkamah hanya dengan kehadiran satu pihak. Jika responden diberikan notis, pendengara­n kes itu mungkin akan diteruskan berasaskan opposed ex-parte, dengan itu mahkamah akan mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

“Walaupun Perintah 52 Peraturan 3 (2) PeraturanP­eraturan Mahkamah 2012 menetapkan bahawa permohonan bagi kebenaran perlu dibuat secara ex-parte, mahkamah mengekalka­n budi bicaranya untuk mendengar perkara itu sebagai opposed ex- parte,” kata Tengku Maimun, yang bersidang bersama-sama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak boleh dipersalah­kan apabila memerintah­kan perkara itu didengar berasaskan opposed ex-parte.

Tengku Maimun memerintah­kan Mukhriz membayar RM10,000 sebagai kos.

Pada 27 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permo- honan ex- parte Mukhriz bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Najib.

Mukhriz, yang merupakan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, memfailkan permohonan mendakwa perdana menteri telah mengeluark­an kenyataan menerusi blognya berkaitan saman fitnah yang beliau ( Mukhriz) failkan terhadap setiausaha politik Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Terdahulu dalam prosiding semalam, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz berkata Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya memerintah­kan mereka menyerahka­n ker- tas kes terhadap peguam mewakili Najib dan untuk membenarka­n peguam itu mengemukak­an hujahan dalam pendengara­n permohonan ex-parte.

Beliau berkata permohonan bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah perlu dibuat berasaskan ex-parte.

Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib, berhujah Mahkamah Tinggi adalah betul apabila mendapati tiada kes prima facie bagi menghina mahkamah, dengan itu kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah tidak patut diberikan kepada Mukhriz.

Mohamed Haniff kemudianny­a memberitah­u pemberita bahawa beliau akan memaklumka­n anak guamnya berhubung keputusan mahkamah itu dan kemungkina­n besar akan memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutua­n.

Mohd Hafarizam pula berkata berikutan keputusan mahkamah itu, jelas menunjukka­n bahawa kenyataan dibuat Najib pada 7 Julai tahun lepas tidak mempunyai sebarang kaitan dengan semua saman yang membabitka­n Mukhriz dan Tengku Sarifuddin. — Bernama

Walaupun Perintah 52 Peraturan 3 (2) Peraturan-Peraturan Mahkamah 2012 menetapkan bahawa permohonan bagi kebenaran perlu dibuat secara ex-parte, mahkamah mengekalka­n budi bicaranya untuk mendengar perkara itu sebagai opposed ex-parte. Datuk Tengku Maimun Tuan Mat Hakim

 ?? — Gambar Bernama ?? KAWALAN KETAT: Anggota polis mengawal ketat 36 anggota kumpulan kongsi gelap ‘Geng 04’ sebaik mereka dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.
— Gambar Bernama KAWALAN KETAT: Anggota polis mengawal ketat 36 anggota kumpulan kongsi gelap ‘Geng 04’ sebaik mereka dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Mohd Fahmi dipenjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitka­n hati orang lain, dalam akaun Facebookny­a dua tahun lepas.
— Gambar Bernama BERSALAH: Mohd Fahmi dipenjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitka­n hati orang lain, dalam akaun Facebookny­a dua tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia