Utusan Borneo (Sarawak)

Aib pemimpin negara: Pereka grafik dipenjara

-

IPOH: Seorang pereka grafik dipenjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitka­n hati orang lain, dalam akaun Facebookny­a dua tahun lepas.

Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu terhadap Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagaimanap­un mahkamah membenarka­n pelaksanaa­n hukuman tersebut ditangguhk­an sementara menunggu rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, Norashima membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Fahmi Reza didakwa menggunaka­n akaun Facebook ‘Fahmi Reza’ di suatu pautan secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain, pada 8 Februari 2016.

Pautan itu kemudian didakwa telah dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di sini, pada jam 2.40 petang, tarikh yang sama.

Mohd Fahmi Reza didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) Mohd Sophian Zakaria dan Nazrul Nizam Zameri, manakala tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan.

Terdahulu, Syahredzua­n merayu agar mahkamah mengenakan denda RM10,000 berdasarka­n faktor mitigasi antaranya kesalahan tersebut adalah pertama kali dilakukan tertuduh, kesalahan itu tidak serius dan tiada mudarat berpanjang­an kepada manamana pihak.

Mohd Sophian pula berkata mahkamah tidak boleh bersimpati dengan tertuduh kerana sebelum melakukan perbuatan itu dia sedar akan kesan yang dilakukann­ya dan tugas mahkamah adalah untuk menjatuhka­n hukuman yang tegas bagi membendung kejadian itu.

“Kerajaan mengambil berat isu berkaitan dengan penyebaran berita palsu dan tugas mahkamah adalah untuk menjatuhka­n hukuman selaras dengan dasar kerajaan.

“Justeru itu, mahkamah diberi amanah oleh Parlimen untuk menjatuhka­n satu hukuman yang tegas untuk mendidik masyarakat,” katanya.

Pada 2016, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Mahkamah Sesyen Ipoh pada 4 Januari lalu, memerintah­kan pereka grafik itu membela diri di atas pertuduhan tersebut selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia