Utusan Borneo (Sarawak)

36 anggota ‘Geng 04’ didakwa di Ipoh

-

PETALING JAYA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan melakukan samun terhadap eksekutif wanita sehingga menyebabka­n mangsa cedera.

Mohd Afiq Othman, 30, didakwa melakukan samun terhadap Zarina Omar, 46, dengan merompak beg sandang wanita itu sehingga mengakibat­kan mangsa cedera di bahagian lutut, jari kiri, tangan kanan, siku kanan, bahu dan bahagian belakang badan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Intan 2/6, Taman Puchong Intan, di sini, pada jam 10.15 malam, 15 Februari lepas mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan barang bukti juga dijumpai bersama tertuduh.

Hakim Azwarnida Affandi kemudian menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula kes. — Bernama IPOH: Seramai 36 anggota kumpulan kongsi gelap ‘Geng 04’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa masing- masing dalam bahasa Tamil dan Melayu di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut pertuduhan, 36 tertuduh berumur antara 20 dan 60 tahun itu didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang Geng 04 antara 1 Januari 2015 hingga 27 Januari lepas di daerah Kinta, di sini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menerusi seksyen sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun.

Mereka yang dituduh ialah Mohamed Shariff Mohamed Ibrahim, Muhamed Sidik Mohamed Ibrahim, M. Perbakaran, R. Sargunan, B. Murli, M. Ganesan, N. Michael Raj, M. Selva, S. Jesudass, K. Kartikkesa­n, S. D Kevan, P. Jeventhyre­n, L. Tamil Selven, S. Kalidas, K. Arun dan Abdul Rahman Subbaiah Salim.

Manakala A. Kughan, J. Thruselvam, K. Thiruchelv­an, K. Kugan, A. Samuel Dhinakaran, K. Sattiyarao, S. Vijendran, B. K Chandran, S. Thatchana Moorthy, M. Munian, R. Kesavan, P. A Fatri, F. Niclos, S. K Jagathesan, R. Paramesh Rao, A. Govalsamy, T. S Kavitheian, C. Tinabalan, K. Selvam dan T. Kamal tidak diwakili peguam.

Pendakwaan kes pula dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Mohd Izhanudin Alias.

Mahkamah menetapkan 20 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, semua tertuduh dibawa menaiki dua trak polis kira-kira jam 9 pagi dengan dikawal ketat 11 pegawai dan 104 anggota polis bertugas di sepanjang laluan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke kompleks mahkamah hingga ke Mahkamah Sesyen 2 di sini.

Bagaimanap­un wartawan tidak dibenarkan memasuki kamar mahkamah untuk mendengar proses pendakwaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia