Utusan Borneo (Sarawak)

Individu aktif dan sihat perlu jalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala

-

KUALA LUMPUR: Individu yang aktif dan mempunyai tahap kesihatan yang baik perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala bagi mengesan sebarang risiko penyakit berbahaya.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Institut Jantung Negara (IJN) Aina Jamil berkata pemeriksaa­n kesihatan itu dapat membantu mereka mengubah gaya hidup serta corak pemakanan seharian sebagai langkah pencegahan awal mengelakka­n diri menghidapi sebarang penyakit kronik seperti sakit jantung dan buah pinggang.

“Individu aktif seperti atlet sukan perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala dan ujian kecergasan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang perlawanan dan acara sukan yang akan disertai mereka.

“Walaupun atlet biasanya lebih cergas daripada orang lain, ada antara mereka yang mungkin mempunyai masalah jantung atau keadaan lain yang tidak disedari. Mereka adalah orang yang berisiko mengalami kecederaan serius atau komplikasi sekiranya mereka terlalu banyak berlatih,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi pemeriksaa­n kesihatan pelakon teater muzikal ‘OlaBola The Musical’ di sini, semalam.

Aina berkata pada sesi pemeriksaa­n kesihatan tersebut, pelakon teater muzikal itu diberi pendedahan mengenai penjagaan kesihatan yang betul serta pemeriksaa­n kesihatan seperti tahap tekanan darah, paras gula dalam darah dan ujian x-ray.

Beliau berkata pakej pemeriksaa­n kesihatan tersebut diadakan bagi memberi pendedahan serta menggalakk­an orang ramai termasuk golongan aktif seperti atlet sukan dan pelakon membuat pengesanan awal yang seterusnya dapat mencegah dari- pada menghidap sebarang penyakit kronik.

Sementara itu, seorang pelakon teater muzikal itu Iedil Putra, 34, berkata setiap individu hendaklah melakukan pemeriksaa­n kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

“Pemeriksaa­n kesihatan ini amat penting kerana kita sering terdedah dengan pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan seperti persekitar­an yang kotor, gaya hidup tidak sihat serta amalan pemakanan tidak sihat dan seimbang.

“Golongan lelaki juga perlu sedar mereka mudah menghidapi pelbagai penyakit berbahaya, justeru pemeriksaa­n kesihatan ini dapat mendidik kita mengubah gaya hidup dan corak pemakanan seharian,” katanya yang sering membuat pemeriksaa­n kesihatan di hospital sejak beberapa tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Dr Sharifah (kanan) beramah mesra dengan barisan Anggota Jawatankua­sa Puspanita KKMM 2016-2018 pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Puspanita (KKMM) kali ke-35 di Dewan Serbaguna Menara KKMM, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Dr Sharifah (kanan) beramah mesra dengan barisan Anggota Jawatankua­sa Puspanita KKMM 2016-2018 pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Puspanita (KKMM) kali ke-35 di Dewan Serbaguna Menara KKMM, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia