Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita perlu perkasa diri dengan ilmu baharu

-

PUTRAJAYA: Golongan wanita perlu mengambil semangat Tahun Memperkasa Wanita 2018 dengan menggunaka­n dunia digital sebagai platform untuk menguasai ilmu baharu dan mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan dunia siber.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu baharu terutama teknologi terkini akan membuatkan minda wanita lebih terbuka serta menjadikan golongan berkenaan lebih progresif.

“Wanita perlu mendalami ilmu robotik misalnya, dan mengkaji bagaimana peranan robot akan memberi kesan kepada kehidupan golongan wanita pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke- 35 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan KKMM di sini semalam.

Pada majlis itu, Sharifah Zarah yang juga penasihat Puspanita Cawangan KKMM turut menyampaik­an hadiah kepada anak anggota Puspanita Cawangan KKMM yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Beliau turut menyaksika­n bekas Pengerusi Puspanita Cawangan KKMM Datin Abidah Sani menyerahka­n surat lantikan dan manifesto kepada Pengerusi Puspanita Cawangan KKMM baharu Dr Yasmeen Yasim yang merupakan setiausaha Bahagian Perancanga­n Strategik KKMM.

Yasmeen ketika ditemui berkata beliau berhasrat melaksanak­an pelbagai program pemerkasaa­n wanita selaras dengan visi Puspanita kebangsaan dan Tahun Memperkasa Wanita 2018. — Bernama KUBANG PASU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu bagi memastikan proses sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom.

Beliau berkata ATM akan bersama-sama pihak polis meningkatk­an kawalan di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini ber- laku sepanjang PRU14.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang ihsan banjir bagi daerah Kubang Pasu di Dewan Tunku Anum di Jitra dekat sini semalam. Turut hadir Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Kira-kira 500 mangsa banjir di daerah itu menerima bantuan sebanyak RM500 setiap keluarga bagi meringanka­n beban yang ditanggung akibat banjir yang berlaku pada September dan Oktober 2017.

Mohd Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata ATM mempunyai aset canggih yang boleh digembleng­kan bagi memastikan kelancaran PRU14 sekiranya berlaku bencana alam di kawasan pedalaman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBANTU: Mohd Johari (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir, Che Asa Hamid, 75 (dua kanan) pada Majlis Penyerahan Wang Ihsan Banjir Daerah Kubang Pasu di Dewan Ibnu Sina semalam.
— Gambar Bernama DIBANTU: Mohd Johari (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir, Che Asa Hamid, 75 (dua kanan) pada Majlis Penyerahan Wang Ihsan Banjir Daerah Kubang Pasu di Dewan Ibnu Sina semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia