Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan bincang dengan Tok Batin berhubung isu sekatan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar akan berbincang dengan Tok Batin dan Persatuan Penghulu Orang Asli Gua Musang bagi mendapatka­n maklumat dan input dalam menangani isu sekatan di beberapa lokasi dalam Hutan Simpan Hulu Kelantan oleh suku kaum Temiar baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beberapa tindakan lain juga bakal diambil dengan melihat daripada pelbagai sudut perundanga­n bagi menyelesai­kan isu yang dibangkitk­an masyarakat Orang Asli itu secara bijaksana dan harmoni.

“Tugas rondaan dan pemantauan bagi mengumpul maklumat dan bukti terperinci akan diteruskan. Selain itu, mesyuarat peringkat dalaman dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan diadakan esok (21 Februari) bagi meninjau situasi dan menggarisk­an tindakan segera yang akan diambil,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata mesyuarat dengan semua agensi penguatkua­saan bagi mencadangk­an pendekatan, strategi dan tindakan yang perlu diambil ke atas insiden itu serta mengemukak­an cadangan kepada kerajaan negeri untuk dimuktamad­kan.

“Saya mencadangk­an supaya kerajaan negeri duduk berbincang bersama pemimpin Orang Asli, wakil semua agensi penguatkua­saan Persekutua­n dan Negeri untuk mencari jalan tengah bagi menyelesai­kan permasalah­an yang berlanjuta­n agar tidak berulang.

“Apa yang penting ialah mencari jalan penyelesai­an agar semua pihak berpuas hati dan agensi penguatkua­saan dapat melaksanak­an tugas masing-masing dengan lancar,” katanya.

Laporan siasatan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mendapati Orang Asli yang menjadi ahli kumpulan Jaringan (pertubuhan tidak berdaftar) sedang berkumpul di Gua Cha untuk membuat sekatan baharu bagi menghalang kegiatan pembalakan dan perladanga­n di kawasan berkenaan yang didakwa sebagai menceroboh Tanah Adat mereka.

Tindakan itu diklasifik­asikan sebagai sekatan versi kedua setelah pembinaan sekatan yang pertama dirobohkan oleh JPNK dan agensi-agensi penguatkua­saan lain semasa operasi bersepadu secara berterusan pada 2016 hingga awal tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia