Utusan Borneo (Sarawak)

Lokasi lima pemancing lemas bukan pilihan kaki pancing setempat

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu bas selepas didapati positif dadah jenis Meth dalam Op Selamat 12 sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2018 di Terminal Bas Larkin, di sini, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Johor Supt Razak Md Said berkata, suspek lelaki berumur 30-an itu ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigak­an.

“Kita telah menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 25 bas dan 30 lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai pe- mandu bas berusia antara 30 dan 50 tahun. Hasil ujian air kencing mendapati seorang daripadany­a positif dadah jenis Meth.

“Selain menjalanka­n ujian air kencing, kita juga memeriksa peralatan keselamata­n bas seperti alat pemadam api dan lampu kecemasan bagi memastikan pemandu bas memandu mematuhi undang-undang dan keselamata­n jalan raya,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Operasi yang disertai 14 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik dan empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor itu bermula pada jam 8.30 malam dan dijalankan di pintu masuk laluan bas.

“Lapan saman turut dikeluarka­n kepada pemandu bas selepas didapati memandu tidak mengikut peraturan keselamata­n jalan raya,” katanya.

Suspek direman bermula semalam hingga 23 Februari (Sabtu) dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1957 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama KUALA LUMPUR: “Kaki pancing kampung ini memang tahu lokasi itu tidak selamat dan sedikit bahaya... ini kerana mereka tahu kawasan itu ada kejadian kepala air.

Barang kali hujan lebat dari atas menyebabka­n berlakunya fenomena kepala air...ini yang menakutkan kerana paras air memang tinggi.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIJUMPAI: Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat terakhir iaitu Rapawi di tebing sungai berhampira­n simpang empat Puncak Alam ketika operasi mencari dan menyelamat di Sungai Gasi, Sungai Buloh di Puncak Alam, semalam.
— Gambar Bernama DIJUMPAI: Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat terakhir iaitu Rapawi di tebing sungai berhampira­n simpang empat Puncak Alam ketika operasi mencari dan menyelamat di Sungai Gasi, Sungai Buloh di Puncak Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia