Utusan Borneo (Sarawak)

Kes lemas: Kerajaan arah NIOSH keluarkan kertas kerja Kabinet

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahka­n Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menghasilk­an kertas kerja Kabinet bagi menangani kejadian lemas di air sehingga meragut nyawa mangsa.

Timbalan Perdana Menteri berkata kertas kerja itu kemudianny­a akan dibentangk­an Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot kepada mesyuarat jemaah menteri bagi membincang­kan isu berkenaan dengan teliti.

“NIOSH yang dipengerus­ikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye sebelum ini telah cadangkan supaya satu jawatankua­sa khas diwujudkan dan saya telah meminta supaya NIOSH sediakan kertas kerja Kabinet supaya dapat dibentangk­an ke Kabinet.

“Ini supaya penyelesai­an berbentuk jangka panjang dapat dicari. Bukan sahaja di pantai timur tetapi di seluruh negara dan dalam apa juga situasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan prapelanca­ran Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Keselamata­n Antarabang­sa Asia (Natsec) di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes lemas yang sering berlaku sehingga meragut nyawa mangsa.

Sebelum ini, Lee yang juga anggota Majlis Keselamata­n Aktiviti Air Kebangsaan mencadangk­an antara lain supaya sebuah jabatan bertaraf penuh dibentuk bagi merancang, menguat kuasa, menyusun strategi dan melaksanak­an langkahlan­gkah pencegahan kejadian lemas di air.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Terbaharu, dalam kejadian petang kelmarin, lima pemancing hilang dibawa arus deras ketika memancing di Sungai Gasi berhampira­n Kem Sungai Buloh manakala tiga lagi terselamat.

Dalam perkembang­an lain, mengenai perintah berku- rung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan belum berhasrat membatalka­n sebarang perintah berkurung.

“Perintah berkurung ini ditandatan­gan sendiri oleh saya sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Maka pihak ESSCom (Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah) kita jalinkan kerjasama bagi menentukan keutamaan untuk menjaga bukan hanya keselamata­n di sekitar tanggungja­wab Esscom tapi di sekitar 1,700km di kawasan ESSZone dan kawasan lain seluruh negara terutama di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan ini diberikan kerana soal keselamata­n bukan sesuatu yang merupakan agenda politik tapi agenda yang berada di atas segala agenda yang lain, kerana soal isu pertahanan adalah satu komitmen kerajaan. — Bernama

Adisman Shamsuddin Penduduk kampung

“Itu sebabnya tidak ramai yang memancing di kawasan itu meskipun banyak ikan di situ,” kata seorang penduduk Kampung Paya Jaras Hulu, Adnan Yusof, 53, berkenaan lokasi kejadian lemas melibatkan lima pemancing di Sungai Gasi, berhampira­n Kem Sungai Buloh kelmarin.

Katanya, lokasi berkenaan sememangny­a bukan pilihan pemancing dari kampung itu tetapi ia menjadi tumpuan kaki pancing dari luar.

Seorang lagi penduduk, Adisman Shamsuddin, 50, berkata, paras air di sungai itu tidak menentu dan boleh naik secara mendadak.

Katanya, sewaktu kejadian lemas itu, kawasan Kampung Paya Jaras Hulu dan lokasi sekitar tidak hujan.

“Barangkali hujan lebat dari atas menyebabka­n berlakunya fenomena kepala air... ini yang menakutkan kerana paras air memang tinggi,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, arus deras secara tiba-tiba yang melanda sungai itu dipercayai menjadi punca sekumpulan pemancing yang berada di tebingnya hilang dibawa arus. Lima pemancing lemas manakala tiga lagi terselamat dalam kejadian itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.42 petang.

Kelmarin, mayat Hashir, 38, seorang warga Indonesia ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.49 malam manakala mayat Jamaluddin Rapawi, 14, yang lengkap berpakaian dijumpai tersangkut pada pokok jam 1.26 pagi semalam, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi.

Mayat seorang lagi mangsa, Silawati Zailan ditemukan kira-kira 12.30 tengah hari semalam, diikuti Jeleha Hashim, 48, kira-kira 3.45 petang dan Rapawi Jum’ada, 37, kira-kira 4.35 petang.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor Azmi Osman berkata, laluan air di sungai berkenaan mampu mencecah ketinggian sehingga tujuh meter.

“Jika dilihat hari biasa, air hanya pada paras kaki...ini yang menakutkan. Orang ramai diminta elak lakukan aktiviti riadah di air pada waktu ini kerana cuaca tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, berdasarka­n statistik, sehingga semalam 12 orang dilaporkan mati lemas di Selangor sejak Januari lalu.

“Seramai 10 mangsa meninggal dunia ketika menjalani aktiviti di sungai, manakala dua lagi di tali air,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUASANA PILU: Waris mayat keempat Jeleha yang lemas di Jambatan Kampung Paya Jaras tidak dapat menahan sebak di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di Kuala Lumpur, semalam. Mayat Jeleha ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat kira-kira...
— Gambar Bernama SUASANA PILU: Waris mayat keempat Jeleha yang lemas di Jambatan Kampung Paya Jaras tidak dapat menahan sebak di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di Kuala Lumpur, semalam. Mayat Jeleha ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat kira-kira...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia