Utusan Borneo (Sarawak)

JSJK terima 16 laporan mengenai dua koperasi pembanguna­n hartanah

-

KUALA LUMPUR: Polis menerima 16 laporan melibatkan dua koperasi pembanguna­n hartanah yang berpusat di Subang Jaya, Selangor yang disyaki menjalanka­n kegiatan penipuan dengan nilai kerugian berjumlah RM13.6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penipuan yang menawarkan projek pembinaan rumah mampu milik yang tidak wujud dan menyiasat seorang individu bergelar ‘ Datuk’ yang ditahan pada 7 Februari lepas, sejak 2014.

“Dalam kes ini, suspek berusia 52 tahun itu merupakan ketua pegawai eksekutif dalam koperasi yang pertama dan sebagai pengerusi dalam koperasi yang kedua.

“Suspek mendakwa telah dilantik sebagai ejen kepada kedua-kedua koperasi berkenaan untuk mendapatka­n kontraktor yang berminat bagi projek pembinaan perumahan mampu milik di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, suspek menawarkan projek pem- binaan di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor bagi koperasi pertama dan menawarkan projek di Melaka, Kedah dan Perak untuk koperasi kedua.

Katanya, modus operandiny­a ialah menawarkan lantikan sebagai kontraktor kepada syarikat mangsa yang berminat bagi membina rumah mampu milik di seluruh negara.

Suspek juga akan membawa mangsa melawat tapak lokasi tanah atau pembinaan yang telah dikenal pasti dan mengemukak­an beberapa dokumen bagi menunjukka­n projek tersebut wujud dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk meyakinkan mangsa.

Amar Singh berkata, mangsa yang terpedaya dengan suspek telah membayar wang bon pelaksanaa­n antara RM300,000 sehingga RM2.3 juta atas nama koperasi berkenaan atas arahan suspek.

“Setelah bayaran dijelaskan, mangsa akan menandatan­gani perjanjian usaha sama yang disediakan oleh koperasi berkenaan dan dijanjikan kerjakerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 18 bulan selepas perjanjian ditandatan­gani,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia