Utusan Borneo (Sarawak)

Kerani agensi pelanconga­n curi duit syarikat dipenjara 12 bulan

-

KUALA LUMPUR: Seorang kerani sebuah agensi pelanconga­n dipenjara 12 bulan oleh MahkamahMa­jistretAmp­angdi sini semalam atas tiga pertuduhan mencuri wang syarikat itu berjumlah lebih RM11,000.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu ke atas Muhamad Zhahir Mansor, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah atas ketigatiga pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa sebagai kerani yang dilantik di YHA Travel&Tours (M) Sdn Bhd telah mencuri harta iaitu wang tunai masingmasi­ng RM4,167; RM2,897 dan RM4,245 keseluruha­nnya berjumlah RM11,309 milik syarikat tersebut.

Dia dituduh melakukan kesemua perbuatan tersebut di syarikat itu di Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, Ampang, di sini pada 10 pagi, antara 16 Januari dan 1 Februari lepas mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah kemudianny­a menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan untuk setiap satu pertuduhan dan memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh ditangkap pada 15 Februari lepas.

Mengikut fakta kes, jabatan akaun syarikat tersebut telah membuat semakan terhadap beberapa transaksi akaun yang diuruskan Muhamad Zhahir yang juga kerani dan dilantik sebagai pembantu umrah bagi menguruska­n visa dan pasport pelanggan untuk memasuki Arab Saudi.

Pengurus besar syarikat itu mengesyaki tertuduh melakukan pecah amanah apabila tertuduh telah mengambil wang pelanggan secara tunai dan tidak menyerahka­nnya kepada pegawai jabatan akaun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia