Utusan Borneo (Sarawak)

Kesemua mangsa lemas ketika memancing dijumpai

-

KUALA LUMPUR: Anggota keluarga seorang daripada mangsa lemas di Sungai Gasi berhampira­n Kem Sungai Buloh di sini, kelmarin terpaksa ‘ berumah’ dalam sebuah kereta lebih 12 jam untuk mendapatka­n perkembang­an terkini kejadian itu.

Muhd Badrul Baharin Syamsul Azhar, 21, anak sulung kepada mangsa yang hilang, Jeleha Hashim, 48, berkata, beliau bersama dua adik serta ibu saudaranya berada di atas jambatan berdekatan Pos Kawalan Bomba yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian sejak jam 9 malam kelmarin.

Katanya, kali terakhir beliau menemui ibunya adalah pada hari Ahad lepas.

“Memang ibu kerap keluar untuk pergi memancing dengan ayah, Ahad lepas adalah kali terakhir saya lihat wajah ibu saya, itu pun cuma nampak sekali imbas kerana dia berada di dalam kereta,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, adik kepada mangsa yang dikenali sebagai Yati, 44, berkata mereka akan terus menunggu sehingga mayat kakaknya ditemukan.

Mereka kelihatan tidak berganjak dari kawasan ber- kenaan walaupun cuaca panas terik.

Sementara itu, Ibrahim Zailan, 45, abang kepada Silawati, 31, berkata, beliau tidak menjangka adiknya merupakan antara mangsa dalam kejadian berkenaan.

“Sebelum pergi kerja lewat petang semalam (kelmarin) saya lalu ke kawasan kejadian dan tahu ada kes lemas, tetapi tidak menyedari adik saya sendiri merupakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui adiknya terlibat dengan insiden itu selepas dimaklumka­n isterinya kirakira jam 8 malam kelmarin.

“Saya berada di sini dari semalam (kelmarin) untuk tahu apa perkembang­an buat masa sekarang...saya jarang jumpa dia sebab tinggal agak jauh,” katanya sambil mengalirka­n air mata.

Ibu kepada dua anak itu dilaporkan memancing di kawasan berkenaan bersama suaminya Mohd Rizal Mat Desa, 31, bagaimanap­un suaminya dapat menyelamat­kan diri.

Jeleha dan Silawati antara tiga individu yang dilaporkan masih hilang ketika memancing kelmarin. Seorang lagi ialah Rapawi Jum’ada, 37. — Bernama KUALA LUMPUR: Mayat terakhir mangsa yang hilang ketika memancing di Sungai Gasi berhampira­n Kem Sungai Buloh semalam ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat ( SAR) kira- kira jam 4.35 petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Menurutnya, identiti mayat berkenaan dipercayai Rapawi Jum’ada, 37 tahun.

Terdahulu, mayat keempat yang dikenal pasti sebagai Jeleha Hashim, 48, ditemui pasukan SAR kira-kira jam 3.45 petang.

Mayat seorang lagi mangsa, Silawati Zailan ditemukan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Kelmarin, mayat Hashir, 38, seorang warga Indonesia ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.49 malam manakala mayat Jamaluddin Rapawi, 14, yang lengkap berpakaian dijumpai tersangkut pada pokok jam 1.26 pagi semalam, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TRAGEDI MENYAYAT HATI: Mohd Razlan Rapawi (depan, dua kiri), 6, adik kepada mangsa lemas Jamaluddin menyiram air mawar selepas jenazah abangnya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kariah Paya Jaras di Sungai Buloh, semalam.
— Gambar Bernama TRAGEDI MENYAYAT HATI: Mohd Razlan Rapawi (depan, dua kiri), 6, adik kepada mangsa lemas Jamaluddin menyiram air mawar selepas jenazah abangnya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kariah Paya Jaras di Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia