Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu rumah: Duta Malaysia bertemu Menteri TKI Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dijangka bertemu Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Hanif Dhakiri semalam bagi membincang­kan isu pekerja dan pembantu rumah warga Indonesia di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri telah menghubung­i Zahrain untuk menyatakan empat perkara penting mengenai pendirian Malaysia dalam isu berkenaan supaya disampaika­n semasa pertemuan terbabit.

Perkara itu, antara lain, katanya adalah mengenai komitmen kerajaan Malaysia untuk terus menjalinka­n kerjasama dengan Indonesia dalam pengambila­n tenaga kerja dari negara itu.

“Kita saling memerlukan kerana mereka perlu meng- hantar tenaga kerja ke luar negara termasuk Malaysia dan kita juga memerlukan tenaga kerja untuk bekerja di Malaysia, dalam hal ini pendekatan kita adalah ‘winwin’,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pra pelancaran Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke16 dan Pameran Keselamata­n Antarabang­sa Asia (Natsec) di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau juga mahu supaya Zahrain memaklumka­n pihak Indonesia mengenai kes-kes penderaan yang dilapor berlaku terhadap pembantu rumah warga Indonesia di sini adalah merupakan kes terpencil.

“Kerajaan Malaysia dan pasukan penguatkua­saan juga tidak akan pernah melindungi sebarang isu penderaan, bukan sahaja terhadap pembantu rumah tetapi semua pekerja warga asing.

“Kita juga meminta supaya memorandum persefaham­an yang telah tamat pada tahun 2016 dikemas kini dan perundinga­n lanjut harus dilakukan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, mengulas mengenai 11 etnik Uighur yang kini ditahan di negara ini selepas meloloskan diri dari Penjara Thailand, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil langkah diplomasi dalam menyelesai­kan isu terbabit dengan mengambil kira faktor keselamata­n dan kemanusiaa­n.

“Kita sedang uruskan dengan pihak Thailand di mana sebahagian mereka ditahan di negara berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Zahid (kanan) bersama Hishammudd­in pada Majlis Pra Pelancaran sempena Penganjura­n Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2018 di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa...
— Gambar Bernama PAMERAN: Zahid (kanan) bersama Hishammudd­in pada Majlis Pra Pelancaran sempena Penganjura­n Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2018 di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia