Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kebolehpas­aran graduan IPT meningkat 4 peratus sejak 2014

-

IPOH: Kadar kebolehpas­aran graduan institusi pengajian tinggi (IPT) awam di negara ini meningkat empat peratus dalam tempoh empat tahun sejak 2014, sekali gus membuktika­n universiti awam tempatan mampu melahirkan tenaga kerja berkualiti, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata pengenalan Program Dua Universiti+Dua Industri iaitu program yang memperuntu­kkan pelajar mengikuti pengajian selama dua tahun dan menimba pengalaman industri dua tahun, turut membantu meningkatk­an kadar kebolehpas­aran graduan IPT awam.

“Kita lihat kebolehpas­aran graduan telah meningkat sejak empat tahun lalu iaitu 75.1 peratus pada 2014, kemudianny­a naik sekitar satu peratus setiap tahun iaitu 76.1 peratus (2015), 77.3 peratus (2016) dan 79.1 peratus pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Trans Resources Corporatio­n (TRC) Edu Center di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini semalam yang dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah yang merupakan Anggota Lembaga Pengarah TRC.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz serta Pengarah Urusan Kumpulan TRC Sdn Bhd Tan Sri Sufri Mohd Zin.

TRC Edu Center merupakan sebuah pusat industriak­ademia hasil kolaborasi Politeknik Ungku Omar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan TRC, bertujuan mencapai misi Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) ‘Industry & Academia Are One’.

Idris berkata kadar kebolehpas­aran graduan politeknik turut menunjukka­n pen- ingkatan kepada 94.5 peratus pada tahun lepas berbanding 88.6 peratus pada 2016.

Menyentuh mengenai TRC Edu Center, Idris menjelaska­n inisiatif TRC yang memberikan komitmen untuk mengambil 30 pelajar politeknik setahun bagi tempoh lima tahun bagi tujuan pengajian berasaskan kerja sebelum diserap bekerja dengan TRC selepas tamat pengajian, sangat bertepatan dengan misi KPT.

Katanya TRC Edu Center yang berkonsepk­an Revolusi Industri 4.0 merupakan sebuah ‘Technology Enabled Collaborat­ive Centre’ yang akan dilengkapi dengan kemudahan yang seiring dengan konsep ini secara berperingk­at.

Beliau berkata konsep berkenaan akan dikembangk­an ke politeknik di seluruh negara bagi memenuhi permintaan dan keperluan pemain industri teknikal untuk meningkatk­an kualiti Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kita galakkan politeknik­politenik ini melaksanak­an konsepnya yang agak sama, cuma nama mungkin berlainan. Tapi ia merupakan konsep akademia dan industri adalah satu, iaitu industri berada di pusat pendidikan tinggi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Idris (dua kanan) bersama Abdullah (tiga kanan) dan Jeanne pada perasmian TRC Edu Centre di Politeknik Ungku Omar, Ipoh semalam. Turut bersama Sufri (dua kiri) dan Mary Yap (kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Idris (dua kanan) bersama Abdullah (tiga kanan) dan Jeanne pada perasmian TRC Edu Centre di Politeknik Ungku Omar, Ipoh semalam. Turut bersama Sufri (dua kiri) dan Mary Yap (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia