Utusan Borneo (Sarawak)

Srikandi PPBM bahagian Kota Bharu dakwa dipergunak­an Keluar dana sendiri bagi jayakan keseluruha­n program untuk parti

-

KOTA BHARU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu mendakwa mereka dipergunak­an apabila terpaksa mengeluark­an dana sendiri bagi menjayakan keseluruha­n program yang dilaksanak­an untuk parti itu.

Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu Normala Abd Kadir berkata sejak pembabitan­nya dalam parti itu tiga tahun lepas, pihaknya tidak menerima sebarang dana daripada PPBM bagi melaksanak­an program parti.

“Sebaliknya kebanyakan dana diusahakan sendiri oleh anggota atau ketua bahagian masing- masing sedangkan parti ini ditubuhkan oleh seorang yang kaya-raya.

“Bagi saya, ini sudah jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhann­ya yang ingin memperjuan­gkan nasib rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

N o r m a l a b e r k a t a sekiranya benar PPBM ingin memperjuan­gkan rakyat, pucuk pimpinan yang perlu mengeluark­an dana bagi menggerakk­an aktiviti parti.

Tetapi katanya perkara sebaliknya yang berlaku dan ia dianggap sebagai satu penyelewen­gan kepada mereka dan juga penyokong lain parti itu.

Normala berkata, mereka jugaterkil­andenganke­nyataan pucuk pimpinan parti itu yang meminta anggotanya keluar parti jika tidak dapat bersabar dalam keadaan tersebut.

Katanya, kenyataan itu seperti menindakka­n sumbangan mereka kepada parti sebelum ini yang

Dalam hal ini adakah PPBM sekarang benar-benar hendak perjuang nasib rakyat atau sekadar hendak menjaga kepentinga­n tertentu bagi mendapatka­n semula kuasa. Normala Abd Kadir Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu

meluangkan masa, tenaga serta wang ringgit sendiri untuk menggerakk­an parti.

“Dalam hal ini adakah PPBM sekarang benar-benar hendak perjuang nasib rakyat atau sekadar hendak menjaga kepentinga­n tertentu bagi mendapatka­n semula kuasa,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n isu itu bukan sahaja boleh menggugat keyakinan anggota PPBM tetapi juga kekangan besar parti untuk menawan Kelantan.

Pada masa sama, Normala berkata, beliau bersedia menerima sebarang tindakan yang bakal dikenakan berikutan menyuaraka­n ketidakpua­san hati itu.

Normala juga merancang untuk meletak jawatan dan berkata, pengundura­nnya mungkin akan mempengaru­hi lebih 500 anggota Srikandi Kota Bharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia