Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dinasihat peka dengan keadaan laut bergelora

-

TUMPAT: Orang ramai dinasihatk­an supaya lebih peka dengan keadaan laut yang bergelora dan tidak menentu kerana keadaan itu boleh membahayak­an mereka yang mandi- manda di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood berkata, laut bergelora boleh mengubah kawasan pantai dan menyebabka­n pasir jerlus yang boleh menyebabka­n kejadian lemas.

“Kita percaya kejadian lemas yang meragut nyawa lima individu beberapa hari lalu di Tok Bali, Pasir Puteh adalah disebabkan pasir jerlus yang terjadi akibat ombak laut bergelora,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan JBPM Kelantan dan Perasmian Taman Rekreasi Mini di Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat di sini, semalam.

Jumaat lepas, empat sekeluarga lemas ketika mandimanda di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh manakala mayat seorang lagi anggota keluarga itu ditemui sehari kemudian (Sabtu).

Nazili berkata selain peka dengan keadaan laut, ibu bapa juga wajar menghantar anakanak belajar berenang.

“Antaranya mematuhi arahan yang diberikan, periksa ramalan cuaca sebelum berenang, sentiasa berenang bersama rakan, berenang berdekatan pantai, jangan berlari dan terjun ke dalam air, berenang antara bendera merah dan kuning,” katanya.

Nazili berkata, langkah keselamata­n tersebut perlu diambil berat kerana sekiranya diabaikan boleh mengundang bahaya apabila berada dalam keadaan tertentu.

Pada Disember tahun lepas, Majlis Keselamata­n Aktiviti Air di bawah Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dilancarka­n bagi memberi didikan kepada orang ramai mengenai panduan keselamata­n di kawasan pantai atau laut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia