Utusan Borneo (Sarawak)

Persempada­nan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif

-

MELAKA: Persempada­nan semula kawasan pilihan raya di negeri ini membolehka­n seseorang wakil rakyat berkhidmat dan menjalanka­n tugas serta tanggungja­wab dengan lebih efektif, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurka­n perkhidmat­an yang diamanahka­n secara menyeluruh, sekali gus meningkatk­an sokongan dan kepercayaa­n pengundi terhadap wakil yang dipilih.

“Contohnya Dewan Undangan Negeri ( DUN) Paya Rumput telah mencecah sehingga 31,000 pengundi yang saya kira kawasan tersebut layak untuk persempada­nan semula.

“Jadi, ( sekiranya tiada persempada­nan semula) bagaimana wakil rakyat di kawasan terbabit dapat berkhidmat dengan baik?

“Saya melihat sekurangku­rangnya Melaka memerlukan 10 kawasan Parlimen dan 40 DUN, itu kadar optimum dalam usaha menyalurka­n perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah dan ramah mesra bersama kira-kira 400 penjawat awam di sini semalam.

Melaka kini mempunyai enam kawasan Parlimen dan 28 DUN.

Sementara itu, Idris menegaskan amat penting un- tuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 nanti bagi memastikan rakyat di kawasan itu dibela sebaiknya.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANYA KHABAR: Idris (dua kiri) bertanya khabar dengan seorang penderma darah pada program Ramah Mesra bersama warga Menara Persekutua­n, semalam. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Roslan Ibrahim (kiri).
— Gambar Bernama BERTANYA KHABAR: Idris (dua kiri) bertanya khabar dengan seorang penderma darah pada program Ramah Mesra bersama warga Menara Persekutua­n, semalam. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Roslan Ibrahim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia