Utusan Borneo (Sarawak)

Persempada­nan semula: Perlu akur keputusan mahkamah persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak akur dengan keputusan Mahkamah Persekutua­n kelmarin berhubung persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanak­an Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, keputusan yang dibuat adalah mengikut perundanga­n dan garis panduan sedia ada, justeru ia tidak harus dipertikai­kan.

“Kita harus mematuhi keputusan dibuat mahkamah dan tindakan susulan harus dilakukan SPR. Kami sebagai kerajaan juga akur dengan sebarang keputusan dibuat mahkamah.

“Parti politik harus akur dengan keputusan mahkamah kerana ia mengikut sistem perundanga­n dan garis panduan dalam Perlembaga­an negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis prapelanca­ran Pameran dan Persidanga­n Perkhidmat­an Pertahanan Asia ( DSA) ke- 16 dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan ( NATSEC) Asia 2018 di sini, semalam. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Kelmarin, Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa cadangan SPR untuk melaksanak­an urusan persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim, berkata tindakan SPR berhubung urusan persempada­nan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak, oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Md Raus dilapor menyatakan demikian dalam keputusan menolak dua permohonan dikemukaka­n dua anggota Parlimen DAP dari Perak dan tujuh pengundi dariMelaka­bagimendap­atkan kebenaran Mahkamah Persekutua­n untuk merayu t e r h a d a p k e p u t u s a n Mahkamah Rayuan, yang tidak menyebelah­i mereka berhubung semakan semula kehakiman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia