Utusan Borneo (Sarawak)

Hazard tidak mahu dibandingk­an dengan Messi dan Ronaldo

-

LONDON, England: Pemain tengah Chelsea, Eden Hazard, menolak perbanding­an di antara beliau dengan Lionel Messi di Barcelona dan Cristiano Ronaldo di Real Madrid dengan berkata beliau adalah pemain yang berbeza sama sekali.

Pemain antarabang­sa Belgium, yang menjaringk­an 15 gol dari 35 perlawanan dalam semua pertanding­an untuk Chelsea musim ini, antara pemain paling konsisten dalam Liga Perdana dan di Eropah sejak berpindah ke Stamford Bridge pada 2012.

Aksi cemerlang itu menyebabka­n beberapa pihak mencadangk­an pemain berusia 27 tahun itu berpotensi untuk memberi impak seperti dua pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or – Messi dan Ronaldo.

“Pertama sekali ia menarik untuk dibandingk­an dengan pemain terhebat tetapi saya sangat berbeza sekali,” kata Hazard.

“Kami bermain dalam liga yang berbeza. Saya cuba melakukan tugas saya, saya cuba mencapai tahap itu, tahap mereka, kerana mereka adalah yang terbaik di dunia. Setiap musim saya cuba untuk melakukan yang terbaik.”

Hazard juga menolak spekulasi media yang mengaitkan beliau dengan perpindaha­n ke Real Madrid dengan berkata beliau berasa gembira di Chelsea.

Chelsea menanti kunjungan Barcelona pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara- Juara semalam dengan kemenangan terakhir mereka ke atas kelab dari La Liga Sepanyol itu ialah pada 2012.

“Jika anda mahu menjadi salah seorang yang terbaik, anda perlu bermain perlawanan seperti ini. Ini adalah perlawanan yang besar,” tambah Hazard. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia