Utusan Borneo (Sarawak)

Wigan mara ke suku akhir Piala FA selepas kejutkan City 1-0 pada perlawanan pusingan kelima di Stadium DW

-

WIGAN, England: Kelab dari divisyen tiga (Liga Satu), Wigan Athletic, mengejutka­n pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City 1-0 pada perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris menerusi gol lewat Will Grigg Isnin lepas.

Pada malam penuh keajaiban dalam pertanding­an piala tertua di dunia, Grigg mencipta salah satu kejutan terbesar dengan menjaringk­an gol dari hujung kotak penalti pada minit ke- 79 selepas pemain gantian City, Kyle Walker, melakukan kesilapan.

Sorakan “Will Grigg’s on Fire” membingit sekitar Stadium DW.

City bermain sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Fabian Delph dibuang padang pada minit ke-45 selepas terjahan keras ke atas Max Power.

Kekalahan itu adalah yang ketiga untuk City musim ini, dan menamatkan harapan untuk memburu empat kejuaraan pada musim ini – sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di England.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata pasukannya telah melakukan segala-gala yang mereka mampu tetapi menerima kesan dari satu kesilapan.

Perlawanan ini seperti final dan sentiasa ada pasukan yang boleh menghukum anda. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

“Perlawanan ini seperti final dan sentiasa ada pasukan yang boleh menghukum anda,” kata Guardiola kepada penyiaran BBC.

“OK. Kita perlu menerima kekalahan. Tahniah kepada Wigan,” tambah beliau, di mana pasukannya menguasai 82 peratus permainan dalam separuh m a s a kedua. Wigan akan menanti sebuah lagi pasukan dari Liga Perdana, Southampto­n di suku akhir selepas menewaskan tiga kelab dari liga atasan dalam pertanding­an ini. “Ia sememangny­a satu perasaan yang hebat,” kata pengurus Wigan, Paul Cook. “Ia satu ujian yang sangat besar, mereka adalah pasukan yang sangat kuat dan malam ini kami bernasibba­ik. Tetapi ia adalah apa yang menjadikan Piala FA sangat istimewa.”

Pada malam yang penuh dengan kenangan manis untuk penyokong tuan rumah, yang menewaskan City di final Piala FA 2013 dan juga di suku akhir setahun kemudian, sentiasa ada keghairaha­n dan gambaran satu kejutan boleh berlaku.

Peluang mereka bertambah apabila pengadil perlawanan, Anthony Taylor, melayangka­n kad kuning kedua untuk Delph, yang hanya terkedu dengan rakan-rakan sepasukann­ya mengelilin­gi pengadil dan Guardiola jelas berang di tepi padang.

Guardiola, yang sudah kecewa kerana pasukannya gagal menembusi pertahanan Wigan, terpaksa dielakkan dari menghampir­i Cook ketika memasuki terowong pemain untuk masa rehat.

Ada juga beberapa insiden selepas wisel penamat dengan objek dibaling oleh penonton ke dalam padang.

Media juga melaporkan penyerang City, Sergio Aguero, juga diprovokas­i oleh seorang penyokong Wigan dan terpaksa diiringi ke terowong pemain.

“Tiada sebarang masalah,” kata Cook tentang pertengkar­an dengan Guardiola ketika masa rehat.

“Beliau seorang pengurus yang hebat. Kami berharap beliau akan memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana kerana mereka selayaknya menang.”

Guardiola mengubah strategi selepas kehilangan seorang pemain dengan memasukkan Kyle Walker untuk menggantik­an pemain sayap, Leroy Sane selepas rehat.

Beliau juga memasukkan Kevin de Bruyne untuk menggantik­an David Silva pada minit ke-65 tetapi tetap gagal menembusi pintu gol Wigan.

City, yang memiliki kelebihan 16 mata di singahsana liga, tersentak dengan gol Grigg selepas Walker tidak mengawal larian Grigg sebelum melakukan rembatan dari luar kotak penalti dan kemudian menjadi gol tunggal kemenangan. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK BERSEJARAH: Grigg (kiri) menjaringk­an gol kemenangan Wigan pada minit akhir permainan pada perlawanan di Stadium DW, Wigan pada Isnin lepas.
— Gambar AFP DETIK BERSEJARAH: Grigg (kiri) menjaringk­an gol kemenangan Wigan pada minit akhir permainan pada perlawanan di Stadium DW, Wigan pada Isnin lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? KECEWA: Reaksi Guardiola ketika Wigan berjaya menjaringk­an gol pada minit akhir permainan pada perlawanan di Stadium DW, Wigan Isnin lepas.
— Gambar AFP KECEWA: Reaksi Guardiola ketika Wigan berjaya menjaringk­an gol pada minit akhir permainan pada perlawanan di Stadium DW, Wigan Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia