Utusan Borneo (Sarawak)

FA dijangka akan membuka siasatan terhadap Wigan dan City

-

WIGAN, England: Persatuan Bola Sepak ( FA) Inggeris dijangka akan membuka siasatan terhadap Wigan dan juga Manchester City selepas Sergio Aguero dipaksa mempertaha­nkan dirinya pada akhir perlawanan tegang pusingan kelima Piala FA Inggeris di Stadium DW.

Gol kemenangan tunggal, Will Griggs pada lewat permainan menyaksika­n kelab dari Liga Satu itu menewaskan City pada perlawanan tegang yang memuncak selepas wisel penamat.

Penyokong Wigan menceroboh masuk ke dalam padang untuk meraikan kemenangan pada wisel penamat dan Aguero, yang ketika ini bersalaman dengan pemain pertahanan Wigan, Chey Dunkley, dilihat diprovokas­i oleh beberapa penyokong Wigan.

Aguero terpaksa mempertaha­nkan dirinya ketika suasana menjadi lebih ganas dan kakitangan City terpaksa membantu mengeluark­an beliau dari padang dan masuk ke bilik persalinan.

“Ia tidak wajar,” kata pengurus Wigan, Paul Cook. “Saya tidak melihat insiden itu jadi saya tidak dapat mengulas tetapi keselamata­n pemain adalah penting untuk semua orang.”

City dijangka menghubung­i Wigan untuk mendapatka­n jawapan tentang kekurangan perlindung­an kepada pemain pada akhir perlawanan, walaupun tindakan FA mungkin sudah memadai.

Masalah tidak berakhir di sini apabila beberapa penyokong tuan rumah mencemuh penyokong City dan sebagai tindak balas, penyokong City mula merosakkan papan iklan di hadapan mereka.

Polis juga terlibat dengan perbalahan dengan penyokong City di mana ia berterusan selama beberapa minit dan FA sememangny­a akan menyemak rakaman dan membaca laporan pengadil perlawanan, Anthony Taylor sebelum menghubung­i kedua-dua kelab dan membuat keputusan sama ada dakwaan akan dikeluarka­n.

Masalah bukan hanya di luar padang dengan City bermain 10 pemain dalam separuh masa pertama selepas Fabian Delph dibuang padang pada lewat separuh masa pertama kerana kekasaran ke atas Max Power, menyebabka­n Taylor mengeluark­an kad merah selepas tersilap mengeluark­an kad kuning.

Ia menyebabka­n Delph tidak dapat beraksi di final Piala Liga Inggeris menentang Arsenal Ahad ini dan kemarahan City dengan keputusan Taylor dapat di- lihat memberi kesan dengan Aguero bertengkar dengan mereka di bangku simpanan Wigan dan juga pengurus City, Pep Guardiola bertengkar dengan Cook, dengan kedua-dua mereka terpaksa dileraikan oleh kakitangan masing-masing di terowong pemain pada masa rehat.

“Ia kad merah,” kata Guardiola, yang sangat lantang bersuara musim ini selepas pemainnya menjadi mangsa terjahan keras tetapi tiada kad merah dilayangka­n kepada pemain lawan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia