Utusan Borneo (Sarawak)

Ledak dua gol bantu pasukannya benam Verona 2-0, akhiri tiga kekalahan berturut-turut Serie A Itali di laman sendiri Isnin lepas

-

ROM, Itali: Ciro Immobile menjaringk­an dua gol dalam tempoh lima minit untuk menamatkan tiga kekalahan berturut-turut Lazio dalam Serie A, sekali gus melonjak mereka ke tangga keempat liga dengan kemenangan 2- 0 ke atas Verona Isnin lepas.

Immobile membuka jaringan pada minit ke-55 di Stadio Olimpico dan menambah jaringan lima minit kemudian untuk gol liga ke-22 beliau musim ini.

“Kami menang satu perlawanan yang penting,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi menjelang perlawanan kedua pusingan 32 akhir Liga Europa menentang Steaua Bucharest Khamis ini selepas tewas 0-1 pada perlawanan pertama.

“Saya melihat pemain agak cemas tetapi saya mengarahka­n mereka untuk bertenang. Sebaik saja gol pertama dijaringka­n, segala-galanya menjadi lebih mudah.”

Lazio memintas Inter Milan, yang tercicir ke tangga kelima selepas tewas 0-2 di Genoa pada perlawanan hari Sabtu.

Verona kekal di tangga kedua dari bawah liga selepas kekalahan ketujuh dari lapan perlawanan.

Napoli kekal di tangga teratas liga selepas menewaskan SPAL 1- 0 sementara Juventus, kurang satu mata di belakang selepas turut mencipta kemenangan hujung minggu lepas.

Immobile membuka jaringan dari satu hantaran lintang Luis Alberto, 10 minit selepas rehat dan satu cubaan Alberto tersasar sebelum Immobile menanduk satu bola muntah selepas penjaga gol

Kami menang satu perlawanan yang penting. Simone Inzaghi Jurulatih Lazio

Verona, Nicolas, menepis rembatan Senad Lulic.

Alberto hampir menjaringk­an gol ketiga tetapi Nicolas beraksi tangkas menepis bola.

“Ia sudah 44 hari termasuk separuh masa pertama tanpa menjaringk­an gol,” kata Immobile, yang kali terakhir menjaringk­an gol ialah pada 6 Januari lepas dan menamatkan kemarau lima perlawanan sehari sebelum ulang tahun kelahiran ke28.

“Tempoh negatif tidak menghilang­kan kepercayaa­n diri tetapi ia ada menyebabka­n kami cemas. Ia bukan isu fizikal tetapi isu mental.”

Kemenangan itu hadir selepas pengarah sukan kelab, Igli Tare mendedahka­n Lazio telah menarik balik tawaran pembaharua­n kontrak untuk pemain pertahanan tengah, Stefan de Vrij.

Kontrak semasa De Vrij, 26, tamat pada akhir musim ini tetapi rundingan untuk melanjutka­nnya masih berjalan.

“Saya minta maaf kerana beliau seorang pemain yang hebat, beliau sudah membuat pilihan,” kata Inzaghi.

De Vrij dilaporkan menjadi buruan Juventus, Inter Milan dan Napoli selain dua kelab Liga Perdana – Manchester United dan Manchester City serta Barcelona di Sepanyol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Immobile (tengah) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Verona, Martin Caceres (kiri) dan penjaga gol Verona, Nicolas Andrade ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Olimpik, Rom Isnin lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Immobile (tengah) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Verona, Martin Caceres (kiri) dan penjaga gol Verona, Nicolas Andrade ketika beraksi pada perlawanan Serie A Itali di Stadium Olimpik, Rom Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia