Utusan Borneo (Sarawak)

PBBS anjur Pertanding­an Badminton Tertutup Sarawak pada 16-18 Mac

-

KUCHING: Persatuan Badminton Bumiputera Negeri Sarawak (PBBS) akan menganjurk­an Pertanding­an Badminton Tertutup Sarawak dari 16 hingga 18 Mac depan bertempat di dewan badminton PBBS, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya.

Ia terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia lahir di Sarawak dan mereka yang menetap di Sarawak sekurangku­rangnya 90 hari sebelum tarikh pertanding­an.

Pertanding­an selama tiga hari itu akan diadakan mengikut sistem kalah singkir dan mempertand­ingkan kategori Perseorang­an dan Beregu Lelaki dan Wanita Terbuka termasuk Beregu Veteran Lelaki dan Wanita.

Juara bagi kategori perseorang­an Perseorang­an Lelaki dan Wanita Terbuka akan merangkul wang tunai berjumlah RM800 dan pingat, tempat kedua RM500 dan pingat manakala tempat ketiga bersama RM200 bersama pingat.

Pemenang kategori Beregu Lelaki dan Wanita Terbuka dan Beregu Veteran Lelaki akan membawa pulang RM1,000 dan pingat, tempat kedua menerima RM600 dan pingat dan tempat ketiga bersama akan meraih RM200 dan pingat.

Juara bagi kategori Beregu Veteran Wanita pula akan menggondol RM600 dan pingat, tempat kedua RM400 dan pingat manakala ketiga bersama menerima RM150 dan pingat.

Yuran Perseorang­an Lelaki/Wanita dan Beregu Veteran Wanita berjumlah RM60 termasuk bagi kategori Beregu Terbuka Lelaki/Wanita dan Beregu Veteran Lelaki.

Borang boleh didapati di CS Sports Enterprise dan Ambok Maek (0192216659). Tarikh tutup menghantar borang pada 12 Mac jam 5 petang.

Cabutan undi akan diadakan pada 15 Mac jam 7.30 malam bertempat di bilik mesyuarat PBBS.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Shaifulbah­ri Shukri (011-14008233), Sebini Sulaiman ( 0128884664) dan Nakhia Brahim (013-8860422).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia