Utusan Borneo (Sarawak)

Frenz Senior ungguli pertanding­an Megalanes Sarawak CNY Doubles

-

KUCHING: Frenz Senior dinobatkan johan pertanding­an boling Megalanes Sarawak CNY Doubles Special diadakan pada hari pertama Tahun Baharu Cina bertempat di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa.

Pasukan diwakili Abang Jamallidon meraih 1,328 pin dan rakan sepasukan Norhazaidi dengan kutipan 1,268 pin untuk merekod 2,596 pin dalam pertarunga­n enam pusingan.

Tempat kedua dirangkul gandingan Abang Kassim dan Mohd Amran (AKMA) dengan jatuhan 2,376 pin sementara tempat ketiga Datin Rakiah Ali- Edward Juit mewakili Lucky dengan jatuhan 2,373 pin.

Pasukan Charrott- Charrott menampilka­n Jafni Azman dan Abdul Aziz Kadri menghuni tempat keempat dengan 2,343 pin disusuli Limited Legacy diwakili Isman @ Osman Sri dan Ramli Omar Baki tempat kelima dengan 2,333 pin.

Zainal Abidin dan Abdul Muhaimin Fitri ( VC United) berpuas hati di tempat keenam selepas tewas 28 pin berbanding Limited Legacy.

Dalam pada itu, Abang Jamallidon turut menggondol hadiah tambahan selepas muncul pemain pertama melakukan jatuhan 234 pin atau tertinggi.

Frenz Senior juga muncul pasukan pertama merekod 444 jatuhan pin atau lebih tinggi selepas mencatat jatuhan 452 pin pada perlawanan kedua.

Wakil Limited Legacy, Ramli Omar Baki pula menggondol anugerah Permainan Tertinggi Keseluruha­n ( Lelaki) dengan 270 permainan manakala Nor Azizah memenangi Permainan Tertinggi Keseluruha­n ( Wanita) dengan skor 217 pin.

Rookie Star diwakili Abdul Latip Jamil dan Saiful Bahari masing- masing membawa pulang seterika SHARP selepas berjaya mencatat jatuhan 444 pin dengan tepat.

Gen X- Frames pula ditabal Pasukan Paling ‘ Koh Nyian’, Charrott- Charrott meraih gelaran Pasukan Paling Ceria manakala Frenz Junior merangkul gelaran Pasukan Paling Sporting.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Pemain tiga pasukan teratas (dari kiri) Abang Jamallidon, Norhazaidi Tahit, Abang Kassim, Mohd Amran, Datin Rakiah dan Edward Juit bergambar kenangan selepas menerima hadiah masingmasi­ng.
RAI BERSAMA: Pemain tiga pasukan teratas (dari kiri) Abang Jamallidon, Norhazaidi Tahit, Abang Kassim, Mohd Amran, Datin Rakiah dan Edward Juit bergambar kenangan selepas menerima hadiah masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia