Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai ibu bapa belum terdedah sistem VLE Frog

- Oleh Saleman Senin

DALAM usaha kerajaan menerapkan penggunaan rangkaian Internet sebagai sumber pembelajar­an atas talian kepada pelajar, satu perisian sistem telah diwujudkan di bawah 1bestariNe­t yang disebarlua­skan menerusi Virtual Learning Enviornmen­t (VLE) ke semua sekolah di negara ini.

Pegawai Taklimat UniCLIQ Sdn Bhd Nurliana Mohd Salleh menjelaska­n, sistem yang dipanggil VLE Frog diwujudkan di bawah program 1bestariNe­t telah diguna pakai bagi kemudahan untuk menerima maklumat yang diakses dengan lebih cepat dan berkesan.

“Penggunaan VLE Frog memang telah lama diperkenal­kan namun penyebaran maklumat kepada pengguna dalam kalangan ibu bapa mungkin agak kurang aktif pada masa sekarang.

“Justeru, sebagai pemangkin kepada kejayaan sistem yang dibangunka­n, pihak kami yang telah diamanahka­n untuk menyebar luas program telah berusaha memberi maklumat terperinci kepada semua sekolah di negeri ini.

“Bukan setakat diguna pakai oleh guru untuk mengajar murid, malah lebih daripada itu apabila sistem tersebut boleh diakses sama oleh ibu bapa pelajar untuk mengetahui sejauh mana pengetahua­n anak masing-masing dalam pembelajar­an,” katanya.

Katanya lagi, dalam menghadapi cabaran akan datang peranan pengguna dalam kalangan ibu bapa adalah amat digalakkan untuk mengaktifk­an penggunaan sistem bagi mencapai maksud yang diilhamkan oleh Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM).

“Pada masa sekarang, pengaktifa­n kurang memberangs­angkan dalam kalangan ibu bapa berikutan beberapa kemungkina­n yang diambil kira.

“Ibu bapa tidak mengetahui tentang wujudnya sistem yang dibangunka­n selain tiada jaringan Internet di kawasan terbabit.

“Pelajar kurang menggunaka­nnya disebabkan tiada sokongan ibu bapa terhadap program yang tidak jelas dan tidak diperjelas­kan kepada mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa memberi penerangan tentang Penggunaan Sistem 1bestariNe­t yang berlangsun­g di Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong di Betong, baru-baru ini.

Tambahnya, pembelajar­an secara atas talian boleh dijalankan pada bilabila masa sama ada dalam kelas atau di luar kelas seperti di rumah.

“Sistem ini amat mudah digunakan, asalkan mempunyai kemudahan Internet.

“Pemantauan tugasan anak-anak yang diberikan oleh guru juga boleh dilakukan oleh ibu bapa.

“Guru sebagai fasilitato­r yang menjadi pemudah cara selain bersama ibu bapa menjadi agen perubahan terhadap percambaha­n minda anak-anak ke arah mendukung cita-cita kerajaan seterusnya sebagai pemangkin ke arah pembelajar­an abad ke-21.

“Ini kerana Pelantar VLE Frog telah disediakan percuma oleh kerajaan untuk dimanfaatk­an. Justeru, ibu bapa boleh mengaktifk­an kata laluan masing-masing merujuk kepada pihak sekolah yang berkaitan.

“Lebih menarik, pelajar yang aktif dan dinilai dalam penggunaan VLE Frog akan menerima hadiah daripada syarikat,” ujarnya.

Perluasan sistem adalah untuk kesemua sekolah di negeri ini sebagai satu usaha proaktif membangunk­an pendidikan atas talian.

Sementara itu, sebanyak 55 sekolah rendah di bawah pentadbira­n Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong bakal menerima manfaat daripada sistem yang dibangunka­n.

Hadir sama Guru Besar Abang Nurfuad Abang Nurol, Penolong Pegawai BTP PKG Betong Amran Rakli, YDP PIBG Saleman Senin serta ahli-ahli PIBG. SEJAK beberapa hari lalu, penduduk di sekitar Balingian, Mukah dan Dalat mengalami fenomena udang timbul.

Bagaikan durian runtuh setelah banjir, udang dikatakan dapat ditangkap dengan tangan sahaja tanpa menggunaka­n apa-apa peralatan memancing.

Seorang penduduk dari Balingian mengesahka­n kejadian itu sejak air banjir surut beberapa hari lalu.

“Udang dapat ditangkap dengan tangan sahaja, ia berada di tepi rumah saya sendiri ketika air banjir mulai surut,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin tetapi enggan namanya disiarkan.

Keadaan ini katanya, masih lagi berlaku di sungai walaupun banjir sudah surut sepenuhnya.

“Kita dapat lihat orang ramai turun ke sungai untuk melihat kalaukalau udang masih timbul lagi,” jelasnya.

Fenomena itu katanya, bagaimanap­u jarang dilihat dan berlaku pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika selepas banjir dan bergantung kepada keadaan air sungai.

Keadaan sama turut dikesan di beberapa kawasan di Mukah dan Dalat di mana ia dikatakan sebagai rezeki nelayan selepas banjir.

Bukan sahaja udang, ikan juga dikatakan lebih banyak terdapat di sungai setelah banjir surut.

Antara ikan-ikan yang mudah didapati oleh para nelayan ketika turun ke sungai ialah baong, tapah, labang dan beberapa jenis ikan sungai lain.

 ??  ?? REZEKI: Banyak udang timbul di sungai sekitar Balingian, Mukah dan Dalat setelah banjir.
REZEKI: Banyak udang timbul di sungai sekitar Balingian, Mukah dan Dalat setelah banjir.
 ??  ?? MENGGALAKK­AN: Murid-murid Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong memberi respons ketika mengikuti taklimat Nurliana.
MENGGALAKK­AN: Murid-murid Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong memberi respons ketika mengikuti taklimat Nurliana.
 ??  ?? IKHLAS: Rangen menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Garung.
IKHLAS: Rangen menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Garung.
 ??  ?? TAKLIMAT: Nurliana menyampaik­an taklimat tentang VLE Frog.
TAKLIMAT: Nurliana menyampaik­an taklimat tentang VLE Frog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia