Utusan Borneo (Sarawak)

6.1 juta penonton jadi saksi Hael Husaini jampi AJL32

-

LEBIH 6.1 juta penonton telah dijampi oleh Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang telah berlangsun­g di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini.

AJL32 telah berjaya mendominas­i separuh penonton dengan 56.3% market share mengatasi pelbagai program menarik yang turut bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain. (sumber: Nielsen)

Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton, yang menyiarkan acara gilang gemilang AJL32 secara langsung dan berdefinis­i tinggi (HD) turut mencatatka­n peningkata­n dua kali ganda berbanding tahun lepas apabila menarik 350,000 pelawat (peningkata­n unjuran lebih dari 121 peratus) berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi portal video rasmi tonton (www.tonton. com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan juga di telefon bimbit (android/ iOS).

tonton menyiarkan siaran langsung AJL32 bermula dengan acara Karpet Merah Pop TV, jam 8.30 malam selain turut mengisi kandungan istimewa ‘tonton Backstage Live’ serta 4 kapsul semasa tayangan slot iklan bersama hos Zulin Aziz istimewa buat pelanggan VIP tonton.

Buat julung kalinya tonton mengambil inisiatif menganjurk­an acara pasca parti ‘After Party Rated Xtra’ yang berjaya menarik hampir 73,000 penonton menerusi laman Facebook @tontonmy yang disiarkan bermula jam 12.00 tengah malam, selama satu jam.

Acara Karpet Merah dan tontonan 15 minit pertama AJL32 di laman Facebook yang sama turut berjaya menarik tontonan hampir 80,000 penonton.

Satu kejutan bagi portal terbaharu xtra. com.my apabila berjaya mencatatka­n 160,000 tontonan video di laman Facebook tonton Xtra Viral.

Paparan halaman pula menghampir­i 200,000 unit di laman xtra.com.my manakala bilangan pelawat unik mencecah 110,000 pengunjung.

Selain itu, AJL32 turut trending nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia! Mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial (Facebook, Instagram & Twitter) sepanjang tiga jam AJL32 bersiaran langsung.

Menurut Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami amat berbangga dengan peningkata­n jumlah tontonan pada tahun ini serta pujian yang diterima dengan reka bentuk pentas AJL32 yang kelihatan gah, pemilihan persembaha­n dan artis selingan bertepatan dengan tema Fesyen dan Muzik dan juga gandingan pengacara yang berjaya mengawal suasana dengan baik sekaligus memberi tanda aras baru yang memberi impak bagi penganjura­n AJL, AJL32 adalah di antara yang terbaik pernah dianjurkan.”

Tambahnya lagi, “Tidak dapat dinafikan juga, barisan finalis pada tahun ini dengan gabungan penyanyi lama dan baru ini menjadi daya penarik terbesar yang menambahka­n lagi peningkata­n jumlah tontonan tidak hanya di kaca televisyan malahan melalui platform digital juga telah naik lebih 100% memberi tanggapan lagulagu mereka ini menepati citarasa masyarakat kini.”

Persembaha­n 12 finalis AJL32 lalu telah diadili oleh 10 juri profesiona­l yang diketuai oleh Azmeer, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Lokman Uzir (Lok U), Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Keserasian Alif Satar dan Sherry Al-Hadad telah berjaya meletakkan mereka di kelas tersendiri sebagai pengacara AJL32.

Manakala Karpet Merah yang bersiaran di Pop TV, TV9 pada jam 8.30 malam telah diacarakan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar.

Pentas AJL32 turut diserikan lagi dengan persembaha­n penuh bertenaga oleh ratu tari Malaysia, Stacy bersama Waris diiringi petikan gitar oleh Edrie Hashim dan AG Coco dengan lagu ‘Aku Stacy’, ‘Bosan’ dan ‘Pakai Buang’.

Manakala untuk persembaha­n penutup menggabung­kan penyanyi era 60-an iaitu Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah yang menyanyika­n lagu-lagu popular genre Pop Yeh Yeh secara medley iaitu ‘Tak Mengapa’, ‘Suzana’ & ‘Hidup Bersama’, ‘Syurga Idaman’, ‘Siapa Gerangan’ dan ‘Kenanganku’.

Kru produksi AJL32 diterajui oleh Nurhul Huda Khalid selaku penerbit eksekutif dan Aida Azira Hussin selaku penerbit.

AJL32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital OHBULAN! & Durian Stroberi!.

Untuk melihat kembali kemeriahan AJL32, layari Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysi­a dengan #AJL32.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG AJL32: Hael Husaini (tengah) bersama naib juara Azmi Caliph Buskers dan pemenang tempat ketiga Haqiem Rusli.
PEMENANG AJL32: Hael Husaini (tengah) bersama naib juara Azmi Caliph Buskers dan pemenang tempat ketiga Haqiem Rusli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia