Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Peru arah Fujimori didakwa lagi

-

LIMA: Mahkamah Peru kelmarin mengarahka­n perbicaraa­n ke atas bekas presiden Alberto Fujimori dalam kes pembunuhan enam petani pada 1992, dengan hujah bahawa beliau tidak ada kekebalan walaupun diampuni baru-baru ini bagi jenayah lain.

Mahkamah Jenayah Negara berkata, pengampuna­n yang diberikan kepada Fujimori ketika menjalani hukuman penjara 25 tahun dalam kes hak asasi manusia tidak diguna pakai dalam kes pembunuhan kumpulan tersebut.

Pendakwa raya memohon perbicaraa­n ke atas bekas presiden itu dan 22 tertuduh lain atas pembunuhan itu yang dijalankan skuad maut.

Fujimori, 79, diampuni Presiden Pedro Pablo Kuczynski pada 24 Disember lalu atas sebab kemanusiaa­n kerana keuzuran.

Bekas pemimpin itu sebelum ini menjalani hukuman atas jenayah kemanusiaa­n termasuk mengarah skuad maut membunuh orang awam yang disyaki bersimpati dengan gerila haluan kiri yang diperangi rejimnya.

Pengampuna­n kepadanya mencetuska­n tunjuk perasaan di jalanan Peru dan dikecam kumpulan hak antarabang­sa sebagai tamparan dalam usaha menamatkan amalan melepaskan jenayah tanpa dihukum.

Pengampuna­n yang diberikan Kuczynski dilihat ramai sebagai balasan bagi bantuan daripada Kenji, anak Fujimori yang juga penggubal undangunda­ng, beberapa hari sebelum itu untuk menewaskan undian pendakwaan dalam Kongres berhubung dakwaan rasuah.

Peguam Fujimori, Miguel Perez, berkata, belum jelas sama ada isu kekebalan dapat digunakan semula.

Perez memberitah­u media tempatan bahawa beliau cuba menjadikan bekas presiden itu sebagai saksi dalam kes terbaharu tetapi gagal.

“Dalam perbicaraa­n ini, beliau akan disenaraik­an sebagai salah seorang tertuduh,” kata Perez.

Pendakwa raya menuntut hukuman penjara 25 tahun bagi bekas pemimpin berusia 79 tahun itu.

“Fujimori kini sudah menyambung semula status sebagai defendan, dan dalam kes pengampuna­n itu, tiada justifikas­i yang sewajarnya,” kata peguam hak asasi manusia Carlos Rivera.

Kuczynski sebelum ini pernah berikrar untuk tidak mengampuni Fujimori, namun beliau berbuat demikian hanya beberapa hari selepas undian Kenji memihak kepadanya, sekali gus mencetuska­n spekulasi pengampuna­n itu adalah balasan politik.

Kumpulan hak asasi manusia dan saudara mara mangsa meminta Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika pada awal bulan ini untuk membuat keputusan membatalka­n pengampuna­n untuk Fujimori.

K u c z y n s k i , y a n g menewaskan Keiko Fujimori bagi jawatan presiden pada 2016 berkata, beliau mengampuni bekas presiden itu atas dasar kemanusiaa­n.

Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga berkata, pengampuna­n itu merupakan tamparan pada wajah mangsa pemerintah­annya yang kejam.

“Pengampuna­n presiden yang diberikan kepada Alberto Fujimori atas sebab bermotifka­n politik menjejaska­n usaha badan kehakiman Peru dan masyarakat antarabang­sa untuk mencapai keadilan,” dua pelapor khas PBB Agnes Callamard dan Pablo de Greiff menyebut dalam satu kenyataan Disember lalu.

“Kami terkejut dengan keputusan ini.

“Ia merupakan tamparan pada wajah mangsa dan saksi yang telah membawanya ke muka pengadilan dengan komitmen mereka yang tidak mengenal erti lelah.”

Walau bagaimanap­un, Fujimori masih dihormati ramai kerana kempennya yang kejam dan tidak berbelah bahagi untuk menewaskan gerila haluan kiri yang ganas ketika beliau menjadi presiden. — AFP KOTA MEXICO: Pejabat ketua peguam Kota Mexico telah membuka kertas siasatan berhubung kehilangan wartawan Mario Antonio Canas, yang kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, katanya.

Pejabat ketua peguam tidak menyebut sama ada ia mengesyaki perbuatan khianat.

Kumpulan advokasi Pemberita Tanpa Sempadan mengumumka­n Mexico sebagai negara paling berbahaya bagi wartawan di Hemisfera Barat.

Canas, 40, wartawan Radio Formula, meninggalk­an rumahnya di pusat Kota Mexico sekitar jam 2 petang Jumaat lepas dan kali terakhir kedengaran kira-kira empat setengah jam kemudian, pejabat ketua peguam menyebut dalam satu kenyataan.

Canas diandaikan masih berada di bandar raya itu sewaktu kehilangan­nya di- laporkan.

Formula Automotriz, pertunjuka­n kereta yang dihoskan Canas, ‘tweet’ gambar wartawan itu untuk meminta maklumat mengenai lokasinya.

Sejak 2000, sekurangku­rangnya 114 wartawan dibunuh di Mexico, dengan 41 kematian sejak Enrique Pena Nieto menjadi presiden pada Disember 2012, menurut kumpulan advokasi Artikel 19. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia