Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram serang sekolah perempuan di timur laut Nigeria

-

KANO: Pelampau Boko Haram melancarka­n serangan ke atas sebuah sekolah berasrama perempuan di timur laut Nigeria tetapi pelajar dan guru berjaya melarikan diri ke tempat selamat, kata saksi kelmarin.

Konvoi pejuang menaiki trak pikap tiba di perkampung­an Dapchi dalam kawasan Bursari di negeri Yobi sekitar jam 6 petang waktu tempatan untuk menyasari sekolah tersebut, kata penduduk Sheriff Aisami.

“Apabila mereka menyerbu kampung, mereka mula menembak dan meledakkan bahan letupan,” kata Aisami.

“Ini menarik perhatian gadis- gadis di Sekolah Menengah Sains Perempuan, jadi mereka dan guru-guru di sana berjaya melarikan diri sebelum penyerang memasuki sekolah.”

Selepas mereka gagal menculik gadis- gadis tersebut, pelampau Boko Haram menjarah sekolah sebelum melarikan diri.

“Serangan Boko Haram menyasari sebuah sekolah menengah perempuan di Dapchi,” kata anggota militia awam tempatan yang menentang puak pelampau tersebut.

“Serangan itu ternyata bertujuan menculik gadis sekolah tetapi nasib baik mereka tidak menjumpai gadis- gadis yang telah dibawa lari guru-guru sebelum mereka tiba,” kata anggota militia tersebut yang enggan memberikan namanya atas sebab keselamata­n.

“Jet tentera dikerahkan dan sedang mengejar musuh,” ujarnya.

Ia tidak jelas sama ada keganasan tersebut meragut nyawa.

Serangan itu mengimbau kes penculikan berani Boko Haram ke atas lebih 200 gadis sekolah dari bandar Chibok pada April 2014.

Penculikan itu menarik perhatian dunia kepada pemberonta­kan pelampau jihad di timur laut Nigeria.

Presiden Muhammadu Buhari, bekas jeneral, memegang kuasa pada 2015 dengan janji untuk menghapusk­an pergerakan pelampau Islam itu.

Walaupun banyak kawasan sudah dirampas semula daripada Boko Haram, kumpulan itu masih melancarka­n serangan ke atas orang awam dan tentera, serta kerap menggunaka­n gadis sebagai pengebom nekad.

Sejak 2009, pemberonta­kan Boko Haram sudah membunuh sekurangku­rangnya 20,000 orang dan menyebabka­n lebih 2.6 juta lagi kehilangan tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia