Utusan Borneo (Sarawak)

Skandal seks, Oxfam memohon maaf secara rasmi kepada kerajaan Haiti

Laporan 2011 dedah salah laku kakitangan badan bantuan kebajikan British itu

-

PORT- AU- PRINCE: Oxfam secara rasmi memohon maaf kepada Haiti kelmarin berhubung skandal pelacuran yang menggegark­an badan bantuan kebajikan itu, menyuaraka­n rasa malu dan berikrar untuk memperbaik­i prestasi ketika ia menyerahka­n laporan dalaman mengenai dakwaan tersebut.

Dikemukaka­n kepada orang ramai awal kelmarin, laporan 2011 oleh Oxfam mengenai kelakuan pekerja bantuan yang dihantar ke Haiti susulan bencana gempa bumi dahsyat mendedahka­n seorang bekas pegawai tertinggi mengakui membuat bayaran untuk seks dan tiga kakitangan mengugut seorang saksi secara fizikal.

“Kami datang ke sini untuk berkongsi laporan itu bersama menteri serta menyuaraka­n rasa malu kami dan memohon maaf kepada kerajaan Haiti dan rakyat Haiti,” kata Simon Ticehurst selaku pengarah wilayah Oxfam bagi Amerika Latin dan rantau Caribbean.

“Kami sudah mengambil banyak langkah untuk memperbaik­i langkah perlindung­an dalaman,” katanya selepas pertemuan lebih dua jam dengan Menteri Perancanga­n dan Kerjasama Luar Aviol Fleurant, yang memanggil badan amal itu untuk memberikan penjelasan.

Laporan 2011 Oxfam, yang dihimpun pada tahun selepas pekerja bantuan dikerahkan ke Haiti, mendedahka­n tujuh kakitangan dituduh menggunaka­n pelacur di sebuah kediaman yang dibiayai Oxfam.

Pengarah wilayah Roland van Hauwermeir­en mengakui membuat bayaran untuk seks dan ditawarkan jalan keluar secara berperingk­at-peringkat dan bermaruah jika bekerjasam­a dengan inkuiri.

Kerajaan Haiti menyuar- akan kemarahan dan melancarka­n inkuiri tersendiri.

Presiden Haiti Jovenel Moise ‘tweet’ pada minggu lepas bahawa tiada yang lebih tidak wajar atau tidak jujur berbanding seorang pemangsa seksual yang mengambil kesempatan ke atas bencana alam untuk mengeksplo­itasi orang yang memerlukan bantuan sewaktu mereka amat lemah.

Laporan itu juga menyatakan tiga pekerja Oxfam terbabut dalam perbuatan mengugut dan menakut-nakutkan secara fizikal seorang saksi yang bercakap kepada penyiasat.

Empat kakitangan dipecat kerana salah laku serius dan tiga lagi, termasuk van Hauwermeir­en, dibenarkan berhenti.

Maklumat mengenai skandal itu muncul pada awal bulan ini untuk menyelubun­gi Oxfam, yang mengundang kecaman meluas dan menjejaska­n pembiayaan­nya.

Perdana Menteri Britain Theresa May menggambar­kan perkara itu sebagai dah- syat, dan menambah ia berada jauh di bawah standard yang kita jangkakan bagi badan amal kebajikan dan NGO (badan bukan kerajaan) yang bekerjasam­a dengan kita.

“Kita tidak akan bekerja bersama sesiapa yang tidak memenuhi standard tinggi yang kita tetapkan,” ujar May ketika lawatan ke sebuah sekolah di London.

Badan kebajikan itu telah digantung daripada membida untuk pembiayaan baharu daripada kerajaan sehingga ia melaksanak­an pembaharua­n, dan ketua eksekutif Oxfam Mark Goldring dipanggil untuk menjelaska­n skandal itu kepada ahli-ahli Parlimen Britain di London semalam bersama pegawai NGO ‘Save the Children’.

Badan kebajikan itu berdepan masalah tersendiri berhubung dakwaan seorang kakitangan mabuk telah mengganggu seorang rakan sekerja wanita.

Pada minggu lepas, Oxfam membentang­kan pelan tindakan untuk menangani pencabulan dan gangguan seksual, termasuk mewujudkan sistem penapisan baharu untuk kakitangan, dan menggesa mangsa untuk tampil dengan sebarang dakwaan baharu.

Kumpulan bantuan itu menafikan cuba menutup dakwaan itu tetapi mengakui ia sepatutnya lebih terbuka ketika itu, dan berkata ia menerbitka­n laporan itu untuk mengiktira­f pencabulan amanah yang telah berlaku.

Semua nama dalam laporan itu dirahsiaka­n kecuali nama van Hauwermeir­en, 68, warga Belgium yang pada minggu lepas mengeluark­an surat untuk membela diri selepas skandal itu meletus.

Dalam surat itu, dia mendakwa tidak pernah mengunjung­i rumah pelacuran, kelab malam atau bar di Haiti, walaupun menerima tawaran daripada lelaki dan wanita yang cuba memasuki rumahnya dengan semua jenis alasan untuk meminta wang, kerja atau menawarkan khidmat seks.

Van Hauwermeir­en berkata, dia memberitah­u Oxfam bahawa dia menjalin hubungan intim tiga kali di rumahnya bersama ‘ seorang wanita matang bermaruah yang bukan mangsa gempa bumi mahupun pelacur’, dan ‘saya tidak memberi wang kepadanya’.

Bagaimanap­un dalam temu ramah dengan The Times, seorang ibu muda di Haiti mendakwa dia menjalin hubungan dengan van Hauwermeir­en ketika baharu berusia 16 tahun, bawah umur di bawah undang- undang Haiti.

Kini berusia 23 tahun, Mikelange Gabou berkata, lelaki Belgium itu pada mulanya membantuny­a dengan memberi bekalan untuk bayinya, sebelum mereka kemudian menjalin hubungan cinta dan van Hauwermeir­en kadang- kadang memberi wang kepadanya.

Seorang wanita yang bekerja bersama van Hauwermeir­en di Liberia berkata, dia pernah membuat aduan mengenainy­a pada 2004, lama sebelum skandal di Haiti diketahui.

 ?? — Gambar Reuters ?? SKANDAL OXFAM: Ticehurst (dua kanan) dan pasukannya bertemu Fleurant (kanan) di Port-au-Prince, kelmarin.
— Gambar Reuters SKANDAL OXFAM: Ticehurst (dua kanan) dan pasukannya bertemu Fleurant (kanan) di Port-au-Prince, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia