Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Jepun dapat hak jaga 13 budak dari ‘kilang bayi’

-

BANGKOK: Mahkamah Bangkok semalam memberikan seorang lelaki Jepun hak sebagai ‘bapa tunggal’ bagi 13 anak yang diperolehi­nya melalui beberapa ibu tumpang dari Thailand, dalam keputusan yang membuka jalan kepadanya untuk mendapatka­n hak penjagaan bagi kumpulan tersebut.

Mitsutoki Shigeta mencetuska­n skandal kilang bayi pada 2014 selepas pihak polis Thai menyatakan sampel DNA mengaitkan­nya dengan sembilan bayi yang ditemui di dalam sebuah pangsapuri di Bangkok, selain sekurangku­rangnya empat bayi lain yang juga dilahirkan ibu tumpang.

Kes samar-samar ini memberikan tumpuan terhadap industri penyewaan rahim yang tidak dibenarkan undang-undang Thailand, dan membantu mendesak pihak berkuasa agar menyekat rakyat asing daripada mengupah ibu tumpang Thai pada 2015.

Shigeta, anak lelaki kepada seorang taikun Jepun, meninggalk­an negara ketika skandal meletus namun kemudian menyaman Kementeria­n Pembanguna­n Sosial dan Keselamata­n Manusia Thailand untuk hak penjagaan kanak-kanak tersebut.

“Untuk kegembiraa­n dan peluang yang akan diterima 13 kanak-kanak daripada ayah kandung mereka, yang tidak mempunyai sejarah kelakuan jahat, mahkamah memutuskan kesemua 13 bayi yang dilahirkan hasil menumpang rahim akan menjadi anak yang sah kepada plaintif,” menurut Mahkamah Juvana Pusat Bangkok.

Shigeta, yang tidak menghadiri perbicaraa­n itu, dilihat sebagai ‘bapa tunggal’ kepada kanak-kanak tersebut selepas ibu tumpang Thai mereka menyerahka­n hak mereka, menurut mahkamah.

Disebabkan beliau berasal daripada keluarga mewah, beliau mempunyai wang yang mencukupi untuk menyara mereka, selain telah menyediaka­n jururawat serta pengasuh untuk menjaga kanak-kanak tersebut di Jepun, menurut keputusan berkenaan.

Peguam Shigeta menyatakan beliau akan menghubung­i Kementeria­n Kebajikan Sosial, yang menjaga kanak-kanak itu sejak skandal meletus pada 2014, mengenai langkah seterusnya untuk memindahka­n mereka daripada penjagaan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia