Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pekerja bantuan maut di timur DRC

-

KINSHASA: Dua pekerja bantuan Congo maut dan pekerja ketiga diculik kumpulan bersenjata tidak dikenali di wilayah Kivu Utara yang bergolak di Republik Demokratik Congo (DRC), kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

“Kita kehilangan dua pekerja bantuan yang terbunuh ketika menjalanka­n tugas oleh orang bersenjata yang tidak dikenali,” Pejabat Penyelaras­an Hal Ehwal Kemanusiaa­n ( OCHA) PBB menyebut dalam satu kenyataan.

Ketiga- tiga lelaki bekerja dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Congo, Hydrauliqu­e Sans Frontieres (HYFRO), yang secara khusus menjalanka­n projek pembersiha­n air, ketika diserang Sabtu lepas dekat perkampung­an Mushikiri.

OCHA mengecam sekerasker­asnya serangan terbaharu ini dan menuntut pelepasan segera tanpa syarat individu yang menjadi tebusan.

“Pekerja bantuan tidak harus disasari.

“Serangan ini merupakan pencabulan serius ke atas undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa dan standard kecemasan”, katanya.

Menurut OCHA, keadaan keselamata­n sangat membimbang­kan di Kivu Utara dan menjadi halangan besar kepada kerja aktivis kemanusiaa­n.

Penculikan, termasuk kakitangan organisasi kemanusiaa­n dari dalam dan luar Congo, kerap berlaku di daerah-daerah Masisi, Lubero, Rutshuru dan Walikale dalam wilayah Kivu Utara.

Bahagian timur DRC diporak-perandakan konflik bersenjata selama lebih 20 tahun, diburukkan pertikaian tanah dan etnik, persaingan untuk menguasai sumber galian di wilayah itu, dan permusuhan antara kuasa-kuasa tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia