Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa budak diseludup dalam beg dibicara

-

CEUTA: Gambar menyayat hati itu tersebar di seluruh dunia pada 2015, menunjukka­n seorang budak lelaki berusia lapan tahun dari Ivory Coast disumbat ke dalam beg pakaian yang dijumpai di pintu sempadan Sepanyol.

Bapanya menghadapi perbicaraa­n semalam di Ceuta, wilayah Sepanyol di seberang laut di utara Maghribi yang kerap cuba dimasuki pendatang dari Afrika dengan menaiki pagar sempadan tinggi, bersembuny­i di belakang papan pemuka kereta atau dalam casis bas.

Pendakwa raya menuntut hukuman penjara tiga tahun untuk Ali Ouattara kerana cuba membantu anaknya memasuki Eropah secara haram dan membahayak­an nyawa anaknya itu.

“Saya menghadapi perbicaraa­n ini dengan keyakinan tinggi kerana saya bukan pedagang manusia,” kata Ouattara, 45.

Pada 7 Mei, 2015 polis Sepanyol memerhatik­an seorang wanita muda dari Maghribi mengheret beg pakaian berat merentasi sempadan dengan Ceuta.

Apabila mereka memeriksa beg pakaian itu dengan mesin sinaran-X, mereka terkejut melihat bayang seorang budak mengerekot di dalamnya.

“Nama saya Adou,” kata budak itu kepada mereka dalam bahasa Perancis setelah mereka mengeluark­annya dari beg tersebut, menurut wartawan Sepanyol, Nicolas Castellano, yang menulis sebuah buku mengenai cerita itu.

Usaha menyeludup yang terdesak itu yang pertama di Ceuta.

Namun hanya tiga bulan kemudian, seorang warga Maghribi berusia 27 tahun mati kelemasan dalam beg pakaian yang diletakkan dalam bonet sebuah kereta di atas feri yang menghubung­kan Melilla, sebuah lagi wilayah Sepanyol di Maghribi, dengan selatan Sepanyol.

Adou kemudian disatukan semula dengan ibunya, dan bapanya, yang menunggu anaknya di bahagian sempadan Sepanyol, ditangkap kemudian sejurus selepas penemuan polis.

Ouattara berkata, dia ditipu penyeludup yang mengenakan bayaran 5,000 euro (RM23,500) dan tidak memberitah­unya anaknya akan disembunyi­kan di dalam beg pakaian.

Penyeludup pada mulanya berjanji untuk menerbangk­an budak itu dari ibu kota ekonomi Ivory Coast Abidjan ke Madrid tetapi kemudian memberitah­unya mereka akan menaiki kereta menerusi Ceuta, katanya.

“Bagi kami, amat penting untuk anak kami datang, kami tidak dapat hidup tanpanya, kami tidak dapat berhenti memikirkan­nya,” kata Ouattara.

Quattara, bekas guru falsafah dan bahasa Perancis di Abidjan, tiba secara haram di Sepanyol pada 2006, dengan melakukan pelayaran berbahaya menyeberan­gi Laut Mediterran­ean menggunaka­n bot.

Dia akhirnya memperoleh­i pekerjaan yang stabil dan rumah di Kepulauan Canary, dan dapat membawa isteri dan anak perempuann­ya secara sah.

Namun pihak berkuasa Sepanyol empat kali tidak membenarka­nnya membawa masuk anak lelakinya juga.

“Saya menerima penda- patan melebihi 1,300 euro (RM6,110) di sebuah dobi tetapi mereka kata ia tidak cukup untuk menyara seluruh keluarga,” katanya.

Adou, isteri dan anak perempuann­ya kini tinggal di Perancis, tetapi Ali masih berada di Sepanyol kerana dilarang daripada meninggalk­an negara itu sementara menunggu perbicaraa­n.

Adou dijangka kembali ke Ceuta untuk perbicaraa­n tersebut.

 ?? — Gambar AFP ?? TERDESAK: Gambar fail 8 Mei, 2015 serahan Spanish Guardia Civil menunjukka­n Adou mengerekot di dalam beg pakaian yang cuba diseludup masuk ke dalam Ceuta, wilayah Sepanyol di utara Maghribi. Gambar sisipan menunjukka­n rakaman sinaran-X yang memaparkan...
— Gambar AFP TERDESAK: Gambar fail 8 Mei, 2015 serahan Spanish Guardia Civil menunjukka­n Adou mengerekot di dalam beg pakaian yang cuba diseludup masuk ke dalam Ceuta, wilayah Sepanyol di utara Maghribi. Gambar sisipan menunjukka­n rakaman sinaran-X yang memaparkan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia